Hiburan: February 11, 2020 at 05:14AM
Antara yang mencuri tumpuan pada malam berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 adalah persembahan Drama Band yang mengetengahkan pelbagai isu yang berlaku di laman sosial sepanjang 2019. Haqiem Rusli turut 'ditampilkan' sebagai watak badut dengan jaket kulit dan berkaca mata, sekaligus membuatkan peminatnya tidak senang.
Biarlah mereka…
Seorang netizen memuatnaik tweet mempersoal tindakan Drama Band yang mempersenda Haqiem dalam persembahan mereka walaupun tahu penyanyi itu turut bertanding di pentas sama.
Haqiem membalas komen tersebut mengatakan dia tidak menghiraukan perbuatan itu asalkan dia tidak menganggu sesiapa dan hanya mahu fokus kepada persembahan.
Namun dia mengaku sedikit terganggu apabila menonton di belakang pentas ketika menunggu giliran persembahan. Apa yang lebih penting baginya adalah peminat boleh membezakan muzik positif dan negatif.
Dipuji netizen
Tweet berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang kagum dengan sifat Haqiem yang tidak mudah melatah dengan apa juga provokasi dicetuskan.
Teruskan sifat tak mudah melatah
Sumber: Haqiem Rusli
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment