Pages

Hiburan: ‘Lantak Lah Dia Nak Keluar, Saya Tak Hirau’ – Ibu Arwah Abam

Hiburan: February 28, 2020 at 04:05AM

Selepas pemergian pelawak terkenal Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan pada 10 Februari lalu, pelbagai isu yang timbul berhubung dengan harta yang ditinggalkan arwah.

Terbaru, menerusi perkongsian Harian Metro, ibu kepada arwah Abam iaitu Sabariah Arshad enggan mengaitkan dirinya dengan kontroversi yang melanda keluarga dan menantunya, Nor Hidayah Mohd Ali.

Saya tak nak tahu apa apa

Saya tak nak tahu apa-apa cerita pun, apa yang lebih saya fikir sekarang mengenai arwah anak yang sudah meninggal dunia itu.

Sekarang, saya dah hilang tempat bergantung. Saya perlu memikirkan keadaan diri sendiri. Kesedihan yang ditanggung ini pun belum hilang lagi.

Menurut Sabariah, dia tidak tahu membaca. Segala situasi cerita yang berlaku diketahui melalui penceritaan anaknya sahaja iaitu Ali Puteh.

Nombor telefon arwah hilang

Selama ini pun, dalam telefon saya hanya ada nombor anak-anak saja yang disimpankan oleh Allahyarham Abam untuk memudahkan saya menghubungi mereka.

Cuma seminggu sebelum Abam meninggal dunia, nombor telefon arwah hilang tiba-tiba dan saya memang tak dapat menghubunginya. Tapi, arwah tak pernah lupa telefon saya.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah selepas menantunya, Nor Hidayah Mohd Ali bertindak keluar dari rumah selepas kematian Abam.

Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun. Saya tak hirau.

Mengakhiri perbualan itu, Sabariah tidak kisah dan terserah apa yang nak dilakukan wanita itu. Wanita yang dimaksudkan itu adalah menantunya sendiri.

Sumber : Harian Metro

 



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular