Pages

Hiburan: Lelaki Durjana Tikam Bekas Isteri Sampai Mati Gara-Gara Enggan Rujuk Semula

Hiburan: February 12, 2020 at 04:55AM

Di Sabah, seorang lelaki berusia 37 tahun telah ditahan pihak polis selepas bertindak kejam dengan menikam bekas isterinya hingga mati di bilik sewa mangsa di Segama, Kota Kinabalu. Suspek dipercayai tidak dapat mengawal kemarahan kerana bekas isterinya itu telah menolak 'pelawaan' untuk rujuk semula bersamanya.

Ditikam guna pisau

Menerusi laporan Astro Awani, mangsa yang dikenali dengan nama Rina Amat ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati apabila terdapat kesan tikaman pada bahagian dada dan pergelangan tangan akibat ditikam oleh bekas suaminya menggunakan pisau. Kejadian itu disedari oleh orang awam sebelum mereka melaporkannya kepada pihak polis.

Sebaik sahaja menerima laporan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu segera ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebaik sahaja tiba di sana, mereka berjaya menahan suspek yang berada tidak jauh dari kawasan tersebut.

Pasukan polis berjaya menahan suspek berhampiran lokasi kejadian, manakala bekas isterinya yang cedera parah dikejarkan ke HQEI untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Bekas isteri enggan rujuk

Susulan itu Free Malaysia Today turut melaporkan, ketika kejadian suspek dipercayai menemui mangsa di dalam bilik sewanya untuk mengajak bekas isterinya itu merujuk kembali hubungan mereka yang telah terpisah. Tetapi lain pula yang jadinya apabila wanita berkenaan enggan dan menolak pelawaan suspek. Berang dengan keputusan tersebut, suspek kemudian bertindak agresif dengan menyerang mangsa.

Bagaimanapun, mangsa enggan dan berlaku pergaduhan di antara mereka sebelum suspek menikam bekas isterinya di bahagian dada dan pergelangan tangan.

Sementara itu, suspek yang juga bekerja sebagai seorang nelayan telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian, Free Malaysia Today



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular