Hiburan: February 7, 2020 at 02:46AM
Sudah menjadi amanah bagi pusat asuhan atau tadika untuk menjaga anak-anak dengan baik. Mereka diberi tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak seperti mana yang telah dipersetujui. Jadi, janganlah mengambil lewa sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Seperti perkongsian ibu ini, dia terkilan melihat sebuah pusat tadika hanya memberi anak makan nasi, kicap dan leher ayam. Nasi yang diletakkan di dalam dulang dikongsi bersama enam anak yang lain.
Leher ayam dikongsi enam
Kita mengharapkan anak kita dijaga dgn baik tanpa mempersoalkan bayaran bulanan yg perlu dibayar. Tapi sebaliknya inilah makanan yang diberikan kpd anak2 transit n tadika.
Sebelum ini anak ada mengadu hanya makan nasi, kicap n telur dadar. Tapi saya tak endahkan sebab ingat kan kadang-kadang sahaja. Tapi bila kerap anak mengadu, saya pergi sendiri ke taska untuk memastikan.
Ternyata makanan yg disediakan hanya lah nasi, kicap, dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi oleh 6 orang anak.
Mohon penjelasan dari pihak tadika terbabit.
Pengguna Facebook, Sharifah Hasinah Shahajam meluahkan rasa kesal dengan pihak tadika yang memberikan anak makan sedemikian rupa. Sebelum ini, anak sudah beberapa kali mengadu hanya makan nasi dan telur dadar.
Pada awalnya dia tidak mengambil kisah kerana menyangkakan menu tersebut hanya sekali sekala. Namun, setelah diperiksa dia melihat sendiri hanya dua ketul ayam bahagian leher dikongsi enam anak yang lain. Melampau!
Netizen berang
Sehingga kini, luahan ini mendapat sehingga 12k perkongsian di Facebook. Rata-rata meluahkan rasa berang melihat bekas makanan berkerak seolah-olah memberi makanan kucing. Mereka turut mempersoalkan nilai kemanusiaan yang ada di dalam diri pihak tadika sehingga tergamak melakukan perkara sedemikian. Sampainya hati!
Sumber : Sharifah Hasinah Shahajam
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment