Hiburan: February 8, 2020 at 04:29AM
Pelawak, Abd Rahman Kassim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak, berjaya mencuri tumpuan netizen apabila dia berkongsi sebuah video rutin hariannya menyolek wajah isteri tercinta sebelum si isteri pergi bekerja.
Di Instagram, Man memberitahu bahawa dia akan melakukan rutin itu setiap pagi. Tambahnya, dia pernah belajar teknik solekan daripada seorang jurusolek terkenal. Terbaik!
Untuk isteri tercinta
Menurut Man, hanya 10 minit sahaja masa yang akan diambil olehnya untuk menyolek isteri setiap pagi. Semasa menyolek, mereka juga akan berbicara mengenai isu kehidupan agar hubungan kasih sayang di antara mereka semakin erat. Man turut memberitahu tidak ada salahnya untuk dia menyolek wajah isteri sendiri dan bukannya untuk wanita lain. Tambahnya, dia sangat sayang akan isterinya.
Berbakatnya!
Di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Man. Menurut netizen, bukan semua suami mampu melakukan solekan yang baik apatah lagi buat isteri tercinta. Usaha yang dilakukan Man itu patut dipuji dan dicontohi.
Sumber: Man Raja Lawak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment