Pages

Hiburan: ‘Nak Duduk Rumah Main Dengan Anak Saja’ – Fizo Omar Kongsi Perbualan Terakhir Bersama Abam

Hiburan: February 11, 2020 at 05:31AM

Berita pemergian pelawak, Abam Bocey ternyata mendapat perhatian ramai selebriti termasuk Fizo Omar. Menerusi Instagram, pelakon itu berkongsi perbualan di antara dirinya bersama Abam sewaktu menjayakan teater Siti Di Alam Fantasi 2 bulan yang lalu.

Nak duduk rumah main dengan anak

'Aku macam tak nak kerja dah, rasa nak duduk rumah je main dengan anak'. Ayat inilah yang terlintas dalam kepala aku bila dapat tahu yang Abam dah tak ada pagi tadi, ni last conversation aku dengan arwah masa buat teater Siti Di alam Fantasi 2 bulan lepas. Punyalah seronok dia cerita pasal anak dia, Hamzah. "lama weh aku tunggu nak dapat jodoh, dan Allah terus bg rezeki zuriat, macam tak caya dgn keadaan aku mcm ni Allah bg rezeki kat aku". "kalau ikutkan hati aku,rasa tak nak keluar rumah, nak main dengan anak je hari-hari, tu la bila aku habis kerja pecut balik rumah nak main dengan anak". Aku faham perasaan tu sebab aku pun berada dalam situasi yang sama, beza Maryam dan Hamzah tak sampai setahun. Tiap kali borak pasal anak je aku boleh rasa dan nampak dia punya excited dan rasa bersyukur tu lain macam.

Hari ni aku sedih sangat bila pergi ziarah keluarga tadi. Bila tengok Hamzah, aku tak boleh tahan sebak aku, sebab aku tahu betapa bapaknya sayang dia. Allahu. Apa yang aku boleh sampaikan pada Hamzah, bapa kau ni orang yang baik dan tak pernah nak bercakap pasal orang lain dan dia sangat bertanggungjawab kepada keluarga dia. Kau beruntung menjadi keturunan yang baik, tengoklah beribu orang yang datang memberi penghormatan terakhir pada bapanya.

Kongsikan rasa kasih sayang

Pandanglah kearah positive dengan percaturan Allah, sekurang-kurangnya Allah mengurniakan salah satu nikmat dunia sebagai seorang bapa yang dapat memberikan kasih sayang kepada seorang anak walaupun hanya 8 bulan sahaja. Allah sebaik-baik perancang, jangan sesekali kita menidakkan aturanNYA. Allah menjemput anak kepada Ali Puteh (adik Abam) dan dia mengizinkan Ali menjadi juara Maharaja Lawak Mega dan rezekinya melimpah ruah dan semalam Allah menjemput pula Abam dan aku percaya pangkat sebagai bapa saudara sama sperti bapa sendiri.

Kawan-kawan, mungkin balu kepada arwah, anaknya Hamzah atau keluarga tak perlukan bantuan dari segi kewangan, tetapi kita sebagai sesama Islam tak salah kalau kita nak kongsikan rasa kasih sayang dan moral support untuk kita bantu mereka yang akan meneruskan kehidupan baru mereka selepas ini. Saya doakan semoga semua yang membaca ini, Allah gerakkan hati kita semua dengan membantu keluarga arwah dgn seikhlas hati.

Sumber: Fizo Omar



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular