Hiburan: February 28, 2020 at 03:07AM
Selain ibu bapa, datuk dan nenek merupakan salah seorang insan yang sangat penting dalam kehidupan kita dan mereka ini sememangnya perlu dihormati dan dibelai dengan kasih sayang. Tetapi lain pula kisahnya kali ini apabila seorang cucu tergamak memukul neneknya yang uzur sehingga wanita itu terpaksa 'lari' dari rumah.
Kena pukul dengan cucu
Menerusi laporan World Of Buzz yang dipetik daripada perkongsian di Facebook yang memaparkan seorang wanita warga emas yang dipercayai berasal daripada Thailand telah dipukul dengan teruk oleh cucu kandungnya sendiri sehingga badan dan wajahnya bengkak-bengkak kemerahan.
Apa yang lebih meruntun hati apabila melihat wanita tua ini sedang 'tersadai' di tepi jalan kerana tidak tahan dengan sikap cucunya yang kaki pukul itu.
Tersadai tepi jalan
Menurut sumber, cucu mangsa pada ketika itu sedang berada di bawah pengaruh alkohol. Cucunya itu merupakan seorang kaki botol dan sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Disebabkan itu, dia sentiasa menjadi mangsa pukul oleh cucunya tetapi dia tidak mampu melawan memandangnya mereka duduk di bawah satu bumbung.
Wanita tua ini tidak mempunyai pilihan lain untuk lari daripada terus menjadi mangsa pukul cucu kandungnya. Pada suatu hari dia akhirnya nekad keluar dan tinggalkan rumah tersebut selepas dia dipukul dengan teruk oleh cucunya itu. Wanita tua ini yang 'tersadai' di tepi jalan kemudian telah ditemui oleh penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut.
Sumber: World Of Buzz, Facebook
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment