Pages

Hiburan: ‘Papa Redha, Papa Tak Nak Nangis Sebab Papa Kuat’ – Fizz Fairuz

Hiburan: February 12, 2020 at 01:47AM

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan merpati dua sejoli iaitu pelakon terkenal, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia. Menerusi laman Instagram Fizz Fairuz, dia ada berkongsi satu berita sedih yang mengatakan bahawa isterinya telah mengalami keguguran.

Allah lebih sayangkan kamu

Instagram Photo

Sebelum ini, sekitar bulan Disember tahun lalu, Fizz Fairuz pernah berkongsi satu berita gembira dengan memaklumkan tentang kehamilan isterinya yang disahkan hamil 9 minggu. Apa yang lebih menggembirakan apabila pasangan ini juga dikatakan bakal menyambut kelahiran anak keempat mereka tidak lama lagi.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila Fizz Fairuz baru-baru ini telah memuatnaik satu perkongsian di laman Instagram dengan memberitahu bahawa isterinya, Almy Nadia telah mengalami keguguran pada usia kandungan  mencecah 14 minggu. Dalam kesempatan itu juga, Fizz Fairuz turut meluahkan rasa sedih tetapi dalam masa yang sama dia amat bersyukur kerana diberi peluang bersama anaknya itu walaupun hanya dalam masa yang singkat. Tambah Fizz Fairuz lagi, dia redha dengan takdir yang diberikannya dan akan terus kuat untuk menghadapi ujian ini.

Allah lebih sayangkan kamu anakku. Papa redha, papa tak nak nangis, sebab papa kuat, amin. Semoga Allah jaga kamu ye anakku, Al-Fatihah.

'Anak dah tunggu dekat syurga'

Perkongsian ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian daripada rakan artis dan para peminat. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa sedih dan mengucapkan salam takziah buat keluarga ini. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang turut mendoakan agar Fizz Fairuz dan Almy Nadia terus kuat menghadapi dugaan kehilagan seorang insan tersayang.

Sumber: Fizz Fairuz



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular