Pages

Hiburan: Rumah Diceroboh Lelaki Bertopeng, Penyanyi Rap Pop Smoke Ditemui Mati Ditembak

Hiburan: February 20, 2020 at 05:11AM

Industri hiburan Hollywood digemparkan dengan berita kematian seorang penyanyi Rap iaitu Bashar Barakah Jackson atau nama pentasnya, Pop Smoke. Penyanyi terkenal ini terbunuh di rumah sewanya di Hollywood Hills akibat ditembak oleh beberapa orang individu bertopeng.

Mati ditembak

Menerusi laporan CNN, rumah sewa penyanyi yang berumur 20 tahun itu telah diceroboh oleh beberapa orang individu yang menggunakan senjata api. Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan mengenai pencerobohan tersebut dan mangsa kemudian telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum kematiannya disahkan.

Syarikat rakaman sahkan kematian

Sementara itu, Jabatan Polis Los Angeles dan Pejabat Koroner daerah enggan mengesahkan kematian dan identiti mangsa. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila syarikat rakaman Republic Records bagaimanapun telah mengesahkan kematian Pop Smoke.

Siasatan masih dijalankan

Menurut Kapten Jabatan Polis Los Angeles, Lurie Steve memberitahu setakat ini tiada sebarang penangkapan dibuat tetapi unit pembunuhan LAPD masih menjalankan siasatan berhubung dengan kes pencerobohan ini. Tambahnya lagi, beberapa orang saksi lain turut disoal oleh pihak polis untuk membantu  siasatan. Hasil daripada soal siasat, mereka mendapati salah seorang saksi yang telah menghubungi 911 merupakan individu yang mempunyai kaitan dengan suspek yang menceroboh rumah mangsa.

Pihak polis walau bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dengan kes ini.

Sumber: CNN, BBC, Republic Records, Youtube



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular