Hiburan: February 8, 2020 at 02:48PM
Setelah mencetuskan kontroversi dengan berpakaian seperti wanita di Tanah Suci, Makkah ketika menunaikan umrah dan dikecam teruk oleh netizen, akhirnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.
Muncul dengan imej bertudung hitam sambil menangis, Sajat berkata dia tidak mempunyai niat lain untuk ke Makkah selain mahu dekatkan diri dengan agama dan memberi fokus untuk beribadah.
"Salahkah saya dekatkan diri dengan Allah?"
Sajat mengakui dirinya merupakan seorang yang jahil tentang agama dan mahu belajar mendekatkan diri dengan Allah SWT dan Islam kerana sudah banyak mencari harta duniawi dan kini ingin mencari saham akhirat pula.
Dia berasa sedih kerana apabila dia cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik, orang ramai seolah-olah mahu menghukumnya.
Terdahulu, Sajat dikecam teruk gara-gara tindakannya memakai pakaian menyerupai wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah. Ramai yang terkejut dan marah apabila dia tampil sebegitu di Tanah Suci dan seakan mempersendakan agama.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment