Hiburan: February 6, 2020 at 06:51AM
Walaupun mencetuskan kontroversi dan bertubi-tubi dikecam masyarakat kerana telah mencemarkan Tanah Suci apabila berpakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tetap tenang.
Masih lagi berada di Makkah, Sajat menerusi posting terbaru di akaun Instagram sekali lagi berkongsi foto dia memakai pakaian wanita dan mengenakan purdah.
Menerusi ruangan kapsyen, dia menitip doa serta memohon keampunan daripada Allah SWT di atas salah dan silapnya selama ini.
Terdahulu, enggan pelbagai persoalan terus timbul dan orang ramai terus keliru, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki.
Ia berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman. Jantina didaftarkan sebagai lelaki. Malah, sehingga kini tiada dokumen perubatan rasmi yang membuktikan dia seorang wanita seperti sering didakwanya.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment