Pages

Hiburan: ‘Selepas 15 Hari Bersalin..’ – Pemergian Abam Mengingatkan Kepada Isteri, Lelaki Syukur Diberi Peluang Kedua

Hiburan: February 12, 2020 at 03:57AM

Industri seni tanah air kehilangan seorang lagi permata yang sedang menyinar. Pemergian pelawak, Abam Bocey turut dirasai oleh ramai orang kerana peribadinya yang baik. Dalam sekelip mata juga, seorang ibu, isteri dan anak kehilangan insan yang paling disayangi mereka. Sungguh tidak dapat dibayangkan keperitan yang dilalui mereka.

Pakar motivasi, Mohd Faizul Ikhwan Erusan yang juga merupakan peminat Abam berkongsi rasa hati apabila hampir kehilangan orang tersayang. Isterinya ketika itu baru sahaja melahirkan bayi batuk teruk dan sukar bernafas.

Mengingatkan kepada pasangan

Bila mendengar pemergian Abam bocey. Yang mula-mula terlintas dihati saya adalah isteri dan anak arwah. Bagaimanalah mereka akan hadapi perkara itu. Melihatkan jumlah yang hadir waktu solat jenazah almarhum abam, siapa yang tak cemburu? Kerana kita yang hidup ini takkan berani bagi jaminan seramai itu orang akan solat pada jenazah kita walau di beri upah.

Ini seolah-olah memberitahu bahawa arwah akan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah. Ameen Allahumma Ameen. Rasa kehilangan oleh kita sebagai peminat akan perlahan-lahan hilang dimakan hari tapi ini berbeza dengan keluarga lebih-lebih lagi isteri, ibu dan anak dan adik beradik beliau sendiri. Si kecil yang berumur hampir 6 bulan mungkin tidak akan begitu memahami kejadian ini.

Sahabat-sahabat semua,

Kisah ini sepatutnya mengingatkan kita pada pasangan kita yang masih hidup. Tahukah anda, setiap dari kita akan melalui proses yang sama. Cuma samada cepat atau lambat sahaja ianya menjengah. Kehilangan itu pasti, sesungguhnya kematian itu pasti. Sebenarnya, terkadang Allah hantar mesej itu secara kecil-kecilan pada kita dalam mengharungi hidup seharian-harian, cumanya adakah kita sedar atau tidak sahaja. Kenapa Allah menghantar mesej-mesej ini? Allah nak kita bersyukur pada sesetiap sesuatu yang diberikan kerana kita cepat lalai dan lupa dalam kesibukan yang tiada noktahnya.

Allah beri isteri peluang kedua

(Sekadar gambar hiasan)

2003 mengingatkan satu peristiwa yang hampir sama berlaku pada saya, cuma bezanya Allah berikan saya peluang kedua iaitu isteri saya terselamat. Mungkinkah ini ingatan Allah pada saya agar mensyukuri nikmati itu. Selepas 15 hari melahirkan anak kedua kami Syazwan.
Isteri saya mulai batuk teruk dan mengadu kesukaran bernafas.

Pada mulanya seperti batuk biasa tapi selang beberapa hari batuknya semakin teruk dan nafas mula berombak kencang. Tiba di hospital isteri saya terus di rawat di bilik kecemasan. Didapati bacaan oksigen berada paras rendah daripada yang sepatutnya. Wajah-wajah cemas doktor dan nurse di dalam bilik ICU itu langsung tidak membantu jiwa seorang suami yang sedang cemas.

Waktu tu saya sangat kalut. Mana nak uruskan isteri yang sakit tenat, mana nak urus newborn baby. Mundar mandir saya dalam bilik kecemasan hospital sambil mendukung baby kecil di tangan yang sekali sekali menangis kerana turut rasa tak selesa dengan keadaan ayahnya yang tak tenang itu. Kelihatan selepas itu jururawat menolak isteri saya ke bilik X-ray pula sambil di sisi isteri saya ada tong oksigen untuk membantu pernafasannya.

Syukur tak lama selepas itu keluarga mertua saya pun sampai untuk uruskan baby dan mereka minta untuk bawa bayi kami pulang ke kampung. Saya pun pulang ke rumah sebentar untuk siapkan keperluan pakaian baby dan sebagainya untuk diberikan kepada keluarga mertua. Dalam perjalanan itu pihak hospital menghubungi untuk saya patah balik dengan segera ke hospital. Ada perkara urgent katanya.

Waktu itu tuhan saja yang tahu apa perasaan saya. Berbagai perkara buruk mula bermain di kotak pemikiran saya. Kenapa doktor call urgent? Selamatkah isteri saya? Apa yang doktor nak bagitau saya? Mulalah pelbagai skrip dalam drama pun mula main di dalam minda saya. Setibanya di hospital saya diminta terus ke bilik doktor. Doktor mulakan dengan nada yang sangat sedih. "Faizul, saya harap awak bersabar dan dengar dengan tenang" Masa tu….dengup jantung kencang….alamak apa pula ini."

'Baby mana?'

(Sekadar gambar hiasan)

"Faizul separuh dari paru-paru isteri awak collapse (tidak berfungsi) kata doctor tersebut sambil menunjukkan hasil X-ray. Encik Faizul ini kes yang sangat serius dan boleh bawa kematian serta merta. Buat masa ini isteri awak bergantung bantuan oksigen! Saya cadangkan kita uruskan ambulan dan terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Di sini kami tidak mempunyai alatan dan pasukan yang secukupnya bagi merawat isteri awak.

Awak kena dapatkan nasihat pakar paru-paru mengenai perkara ini dan awak kena bertolak sekarang malam ini juga. Jangan berlengah, Silap sikit awak mungkin akan kehilangan isteri. Tuhan jelah tahu bagaimana hati saya bila mendengarkan kata-kata doctor. Badan tiba-tiba jadi lemah, hati celaru dan saya termenung dan jadi bodoh sekejap.

Bagaikan budak kecil saya hanya mengangguk sedangkan fikiran totally blank. Setibanya van ambulan isteri saya di tolak masuk dan saya masih dengar lagi doktor tu dengan tegas mengatakan kepada paramedik "Please monitor the oxygen level". Lemah lutut saya ketika itu. Bagaikan langit nak runtuh ketika itu saya rasakan.

Kami tiba di HKL dan dihantar ke wad menjelang tengah malam. Saya cuba menemankan isteri, saya tahu dia memerlukan saya ketika itu. Saat itu tubuh isteri saya sangat lemah dan ditambahkan keadaannya yang baru melahirkan. Namun mulutnya sibuk tanyakan, "Baby mana.. Baby mana? Baby lapar nak susu tu." Saya hanya mampu menenangkan dengan berkata, "Baby ok.. baby ok. Baby tengah tidur. K.Ngah dah tidurkan baby."Sambil saya menahan sebak.

Jiwa jantan saya sangat lemah ketika itu dan sambil teresak esak saya gengam tangannya dan bisik, "Anje… Apa pun jadi boy nak anje tau, boy sayang sangat kat anje tau." Saya gagahkan ucapkan kata-kata ini walau saya ini bukan suami yang sering ungkapkan kata-kata sayang.
Ini kerana seandainya perkara buruk terjadi. Saya nak kalam itu tersemadi bersamanya.

Masih ingat doa sampai sekarang

(Sekadar gambar hiasan)

Ya Rabb, dugaan apakah ini? Saya jadi takut setiap kali melihat wajah doktor-doktor yang datang memeriksa beliau. Kelihatan seperti mereka cuba menyembunyikan sesuatu. Apabila tengah malam saya diminta untuk meninggalkan wad kerana sudah jauh lewat malam. Saya masih ingat lagi dalam perjalanan pulang saya menaiki kereta semasa itu sambil menangis. Derderai-derai airmata. Masa tu saya berdoa pada Allah dan saya masih ingat lagi doa itu sampai sekarang.

Saya berdoa, Ya Allah, bantulah aku ya Allah, jangan ambil isteri aku ya Allah. Kasihanilah aku ya Allah. Bagaimana nak aku hadapi ini. Aku tiada day. Aku tiada upaya ya Allah. Aku janji ya Allah, kalaulah dia sembuh, aku berjanji akan menjaga dia sepenuh hati ku.
Aku janji! Aku tidak akan mensia-siakan hidup aku dengan dia walaupun sesaat pun!

Dipendekkan cerita, selepas beberapa hari di HKL isteri saya di pindahkan ke Intitut Rawatan Respiratori Jalan Pahang.di sana beliau di rawat hampir sebulan alhamdulillah akhirnya sembuh sepenuhnya. Selama itu juga setiap petang selepas kerja saya berulang alik ke hospital. Inilah antara memori yang paling tidak dapat saya lupakan sepanjang umur hidup saya.

Sahabat-sahabat FB,

Jangan sia-siakan pemberian Allah pada kita kerana agak terlambat sekiranya anda ingin berpatah balik. Pasangan kita adalah hadiah yang perlu kita pulangkan bila tiba masanya. Oleh itu pastikan kita melayan dia dengan baik sepanjang umur kita, siapa tahu atas kasih dan rasa syukur kita Allah panjangkan rezeki kita hidup berpasangan dengan dia.

Dia mungkin tak hensem. Dia mungkin tak cantik. Dia mungkin tak kaya atau tak sebijak pasangan orang lain. Tapi dia itu eksklusif bagi kita dari ALLAH!. Dia tu customed made khas dari Rabbul Jalil! Jagalah dia dengan kasih sayang dan penuh ehsan. Always treat her/him well and say thank you for being your life partner. Usahakan apa yang dia suka dan elakkan perkara yg boleh merosakkan hubungan antara suami isteri. Tell her/him how much you love them dan beritahulah betapa berharganya mereka dalam hidup anda!

Sesekali bila terjaga di tengah malam, gengamlah erat tangan mereka yang hangat itu kerana ditakuti suatu ketika nanti tangan itu sejuk dan diam membungkam.

Syed Umar Mokhtar, semoga Allah ampunkan semua dosamu dan beri syurga Firdaus buat dirimu. Kematian mu sangat kami cemburui! Share sekiranya bermanafaat pada yang lain

Faizul Ikhwan
Rindu Abam Bocey

Inilah kali pertama saya menulis sambil sebak dan bergenang airmata. Semoga mesej saya sampai pada setiap jiwa yang membacanya.

Sumber : Mohd Faizul Ikhwan Erusan



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular