Hiburan: February 9, 2020 at 07:26PM
Kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuat kejutan di pentas Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) dengan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof, membuatkan peminat merasa teruja dan mendapat sorakan ramai.
Ramai yang tidak sangka bahawa Siti Nurhaliza muncul dipertengahan persembahan dan menghangatkan lagi suasana di anugerah tersebut.
Namun, penonton di rumah menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mikrofon penyanyi itu tidak berfungsi sewaktu memulakan nyanyian. Mengganggu momen paling istimewa dan bermakna.
Rata-ratanya berpendapat kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku kerana AJL 34 merupakan pentas berprestij.
Berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam AJL, lagu tersebut dipersembahkan oleh Bob. Terdahulu, Siti Nurhaliza dilaporkan masih belum membuat keputusan untuk muncul di AJL34 dan kemunculannya semalam mengimbau kembali nostalgia ketika dia bertanding di anugerah tersebut.
Kredit Foto : Aqo Imran & Muzik Muzik Official
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment