Hiburan: February 9, 2020 at 05:24PM
Menepati ramalan ramai, lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K bergelar juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke 34 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.
Menerusi kemenangan tersebut, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi.
Naib Juara dimenangi oleh Aman RA dengan lagu Bangun! Budak Flat yang menerima wang tunai RM35,000 beserta trofi, manakala lagu Anta Permana ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini nyanyian Anta Permana nyanyian Bob atau penyanyi asalnya Datuk Siti Nurhaliza merangkul tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM20,000 dan sebuah trofi.
Rezeki menyebelahi Hafiz Suip apabila dia meraih kemenangan berganda dengan memenangi Vokal Terbaik dan juga Persembahan Terbaik dengan lagu Kisah Cinta Kita. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
Persembahan 12 finalis diadili sepenuhnya oleh 10 juri profesional dalam bidang muzik tempatan antaranya ialah Azmeer, Edrie Hashim, Dato' Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Dato Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Cat Farish (menggantikan arwah Lok U), manakala komposer dan penyanyi Ajai selaku Ketua Juri.
Acara anugerah berprestij itu dihoskan oleh Awal Shaari, Haziq Hussni (Hot FM) dan Sherry Al Hadad.
Senarai penuh pemenang AJL34
Juara: Sumpah- Naim Daniel
Naib Juara: Budak Flat- Aman Ra
Tempat ketiga: Anta Permana- Bob
Vokal Terbaik: Hafiz Suip- Kisah Cinta
Persembahan Terbaik: Hafiz Suip- Kisah Cinta
Kredit Foto : TV3 Malaysia & Kaki Foto
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment