Hiburan: February 6, 2020 at 03:52AM
Berat mata memandang, berat lagi ujian yang dipaksa dipikul pasangan ini apabila anak yang baru lahir disahkan menghadapi masalah usus. Hari ketiga dilahirkan, bayi yang bernama Nuruddin Mahmud ini terpaksa dibedah untuk mengenal pasti masalah sebenar.
Menerusi perkongsian di Facebook, pasangan ini redha dengan ujian yang diberikan dan berharap segala urusan anaknya itu dipermudahkan. Sebak.
Tak berak selepas 48 jam
Assalamualaikum, minta doakan baby Nuruddin Mahmud. Masih tak berak selepas 48 hrs. Diterbangkan ke Alor setar sebab disyaki penyakit sama seperti kakak dia, hirschsprung Disease. Ulang balik apa yang kami tempuh waktu kakak dia lahir dulu. Berkampung lagi la kami di hospital.
Baby Nuruddin Mahmud dah masuk bilik bedah on Day 3 of life. Harap semua berjalan lancar. Hari ni dapat berita lagi dari hospital. Usus yang tinggal masih tak berfungsi dan akan masuk lagi bilik bedah buat kali ke 2. Kemungkinan baby Nuruddin akan hidup dengan usus yang kurang dari 100cm.
So baby Nuruddin akan bergantung pada mesin dan bantuan pemakanan untuk tempoh yang sangat lama. Mungkin bertahun. Ingatkan kakak Sofea tu teruk dah, rupanya adik lagi teruk Ya allah permudahkan la urusan baby Nuruddin.
Menurut bapa, dia mula menyedari anak menghadapi masalah sama seperti yang pernah dilalui anak perempuannya apabila Nuruddin tidak membuang air besar dalam masa 48 jam. Hasil pembedahan mendapati usus masih tidak berfungi dan terpaksa dibedah buat kali kedua.
Lapar tak minum susu
Hanya puting menjadi peneman bila dia menangis. Kata nurse semalam "kami pun tak sampai hati nak lekat salotep di puting dia tapi tu sahaja jalan untuk pujuk dia. Kesian Nuruddin, lapar tak minum susu"
Aku yang dengar ni pun sebak tahan air mata. Alahai anak, sorang-sorang kat sini. Keluarga semua di Langkawi. Rasa nak duduk sini tapi Nuruddin dalam nicu bukan wad biasa. Kita tak boleh jaga dia hanya boleh datang melawat sahaja. Dan yang boleh masuk hanya ibu dan ayahnya sahaja.
Doakan Nuruddin Mahmud dipermudahkan pembedahan yang ke 4 esok. Berharap ada khabar gembira esok. Apa-apa pun, kami ibu dan ayahnya redha dengan apa yang berlaku. Berserah kepada Allah.
Walaupun sedih, ibu, Nur Azizah Mustakin redha dengan ujian yang diberikan kepada mereka. Mereka sebagai ibu bapa hanya berserah kepada Allah.
Diagnos 'Total Intestinal Aganglionosis'
Duhai anak, Nuruddin Mahmud semoga Allah memberikanmu kekuatan, ketabahan dan kesabaran. Momi tunggu adik keluar. Apa pun keputusan hari ni, momi dan dedi redha. Kita merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cintaNya. Semoga semuanya selamat hendaknya.
Selepas seminggu petang ni result rasmi operation ke 4 dari lab telah keluar. Nuruddin Mahmud diagnos "Total Intestinal Aganglionosis". Yang mana kedua-dua ususnya iaitu usus besar dan usus kecik tidak mempunyai ganglion cell. Saraf ini hanya ada sehingga ke perutnya shj dan selepas itu tidak ada saraf. Berbeza dengan kakaknya, sofea cuma "Total Colonic Hirschprung Diseases" (keseluruhan usus besar shj tidak ada saraf).
Allah la sebaik-baik perancang. Dia menjadikan sesuatu itu yang kita pun tidak tahu hanya Dia lah yang Maha Mengetahui. Siapalah kita hendak menidakkan kuasa Allah.
InshaAllah, selesai urusan esok di hospital Nuruddin Mahmud akan di bawa pulang ke rumah di Langkawi. Keputusan yg berat, harap dipermudahkan oleh Allah.
Selepas pembedahan kali ke empat dijalankan, anaknya sah menghidap masalah 'Total Intestinal Aganglionosis' dimana usus besar dan kecilnya tidak mempunyai ganglion cell.
Redha dengan ujian Allah
Hari ni first time kakak Sofea boleh jumpa adik Nuruddin. Excited bukan main. Esok balik boleh jumpa Abg Muhammad pulak. Sejak lahir lagi tak jumpa, di Hospital Langkawi kanak-kanak tak boleh masuk. Lepas tu bila transfer ke Alor Setar pun adik stay di NICU.
Ni dah masuk wad biasa sementara kami nak bawak Nuruddin balik. Esok insyaallah. Keputusan rasmi dari makmal pun dah keluar. Memang sah 'total intestinal aganglionosis' Ganglion cell tu cuma tumbuh sampai di perut sahaja. Jadi kalau bagi susu pun, akan keluar balik di mulut dan hidung. Harap-harap dipermudahkan adik Nuruddin. Sedih bila dia tengok dan renung kita. Apa pun daddy dan mommy redha.
Setelah berjumpa dengan pakar selepas operation. Memang sah usus Nuruddin tak boleh berfungsi langsung. Jadi kami buat keputusan untuk bawa Nuruddin balik bersama kami supaya di saat akhir hidup dia, biarlah dia bersama kami sebagai keluarga.
Doakan lah Nuruddin dipermudahkan.
Sumber : Nur Azizah Mustakin , Fadhil Rodzi
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment