Pages

Hiburan: Tampil Dengan Imej ‘Freehair’ Di AJL34, A. Aida Buka Mulut

Hiburan: February 10, 2020 at 03:36AM

Kemunculan penerbit terkenal iaitu Dato A. Aida di malam berprestij Anugerah Juara Lagu edisi ke-34 menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen terhadap imej baharunya. Sebelum ini, Dato A. Aida sememangnya tampil dengan imej berhijab di mana acara sekali pun namun, berbeza dengan malam tersebut.

Saya minta maaf

Memetik laporan Metro, Dato A. Aida mendedahkan dia sudah tidak mengenakan hijab sejak beberapa bulan lalu. Penampilan penerbit ini mengejutkan ramai pihak semasa dia ditemuramah pengacara Sherry Al-Hadad dan Awal Ashaari. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Doakan yang baik-baik saja buat saya.

'Dah tua pun, takkan semua benda nak tegur'

Bagaimanapun, netizen turut meninggalkan teguran dan respon di ruangan komen terhadap perubahan imej yang telah ditampilkan penerbit itu.

Sumber: Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular