Pages

Hiburan: Teka-Teki Terjawab, Emma Maembong Sah Isteri Pilot

Hiburan: February 20, 2020 at 04:27AM

Akhirnya terjawab juga teka-teki cinta hati pelakon Fatimah Rohani Ismail atau dikenali Emma Maembong yang baru sahaja selesai diijabkabulkan dengan seorang juruterbang iaitu Muhammad Shazli Azhar. Majlis pernikahan telah diadakan secara tertutup di Bukit Damansara pada sekitar jam 11.50 pagi tadi.

Dengan sekali lafaz

Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan.

Dihadiri 300 orang sahaja

Perkenalan singkat hanya beberapa bulan telah menyatukan mereka berdua. Emma Maembong menerima mas kahwin sebanyak RM2ribu bersama senaskah Al-Quran. Majlis tertutup itu turut dihadiri seramai 300 orang sahaja termasuk keluarga rapat dan rakan media.

Dah terjawab teka-teki

Ringkas tapi cantik

Pelakon wanita itu mengenakan persalinan rona putih rekaan Ezuwan Ismail. Sungguh ringkas tapi cantik persalinan pasangan ini.

Sumber: Ezuwan Ismail, Maembong Ayoh, Hot FM



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular