Hiburan: February 17, 2020 at 03:14AM
Siapa tak nak pergi bercuti kan? Tambahan pula kalau dapat berjalan-jalan makan angin di negara orang, memang mimpi indah la. Bagi korang yang masih mencari tempat mana nak pergi, kami sarankan korang terbang ke Australia Barat sebab ia cukup terkenal dengan identiti Muslim Friendly!
Selain mempunyai lokasi percutian yang mengagumkan, Australia Barat juga sinonim dengan gelaran 'rumah' untuk pelbagai agama. Paling mengagumkan, masjid-masjid di Perth pun dah lama bertapak sejak tahun 1905 lagi tau. So, jangan terkejut pulak kalau orang Malaysia dilayan baik dekat sana.
Haa… memandangkan AirAsia dah ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Perth setiap hari serendah RM369 je, jadi tak ada alasan lagi untuk korang tangguh plan percutian korang tahun ni. Tapi sebelum tu, jom kita tengok dulu apa yang best dekat Perth!
Lokasi insta-worthy bikin korang tak nak balik
Kalau kami nak list semua tempat-tempat menarik dekat Perth, memang tulis berpuluh artikel pun tak habislah kan. Tapi apa yang korang kena tahu, dekat sini memang banyak giler tempat best yang dijamin insta-worthy. So, jangan lupa ambil gambar banyak-banyak!
Rottnest Island
Kagum! Itu yang boleh digambarkan apabila menjejakkan kaki ke Rottnest Island, Australia Barat. Keindahan landskap alam di sini sukar digambarkan dengan kata-kata. Cara terbaik untuk mengelilingi pulau ini adalah dengan berbasikal. So, korang bolehlah singgah sekejap apabila terjumpa spot menarik untuk berswafoto atau bergambar bersama rakan-rakan. Selain berbasikal, korang juga boleh cuba aktiviti lain seperti berenang, berkayak, snorkeling dan tidak ketinggalan selfie bersama Quokka, haiwan comel yang hanya ada di Rottnest Island.
The Pinnacles
Walaupun perlu menghabiskan masa sehari perjalanan dari Perth untuk ke Pinnacles Desert di Nambung National Park, admin yakin korang tak akan menyesal kalau dah sampai sini. Di Indian Ocean Drive, korang boleh jumpa kanggaru yang jinak, cuba aktiviti meluncur pasir dan nikmati hidangan makanan laut Cervantes yang terkenal iaitu Udang Karang Batu. Kalau korang nak enjoy keindahan landskap pantai dipenuhi bunga-bunga liar yang mekar pula, boleh pilih tarikh percutian antara Julai dan Oktober ya!
Swan Valley & Perth Hills
Pandu 25 minit saja dari bandar Perth dan korang dapat menikmati pemandangan ladang anggur yang tertua di Australia Barat. Ada banyak kedai minuman dan korang juga boleh membeli produk-produk gourmet dan berkelah di sekitar Guildford atau di sebelah Bells Rapids. Nak lagi onz, teruskan perjalanan korang dari Swan Valley ke Perth Hills, melalui Kalamunda dan Armadale, laluan bagi Araluen Botanical Park, Brikley Valley, dan Bibbulmun Track.
Syurga membeli belah
Macam tak lengkap percutian di Perth kalau tak membeli-belah. Lebih-lebih lagi Perth ada banyak giler pusat membeli-belah yang bukan hanya menjual pelbagai barangan berjenama tetapi ada macam-macam promosi hebat buat pengunjung.
Westfield Corousel
Pusat Membeli-belah yang terletak di subbandar Cannington ini menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti selain membeli-belah wei! Lokasinya tak jauh dari Daerah Pusat Perniagaan Perth, hanya 12km dan korang boleh je akses terus sini melalui Cannington Railway Station.
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Direct Factory Outlet
Direct Factory Outlet ini pula terletak berdekatan dengan lapangan terbang Perth iaitu di High Street. Kalau korang nak shopping di saat akhir bolehlah singgah di sini sebelum penerbangan pulang. Pelbagai butik barangan berjenama yang anda wajib kunjungi, malah diskaun yang ditawarkan sehingga 70%!
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Hay Street Mall
Bagi korang yang lebih suka aktiviti shopping 'outdoor' pula, inilah lokasi yang cukup chill dan relaks. Sebabnya korang boleh bergerak dari satu kedai ke kedai lain sepanjang jalan Hay Street. Jalan ini hanya bersebelahan dengan William Street yang juga terdapat banyak kedai untuk diterokai.
Pelbagai kedai dan pilihan butik untuk korang kunjungi baik jenama tempatan mahupun antarabangsa. Antara yang kami recommend untuk korang singgah adalah Target, David Jones dan Lush! Apa yang pasti, harga Lush di sini lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 5.oo petang
Restoran makanan halal yang sedap-sedap belaka
Apa yang paling mengejutkan kami di Perth ni ialah bab makanan halal. Memang senang nak cari berbanding di negara Barat yang lain. Paling best, makanan tradisional melayu pun ada jugak tau!
D'Angkasa Restaurant
Walaupun dah berada di Perth tapi masih tak boleh tinggalkan selera melayu? Jangan risau sebab D'Angkasa Restaurant menyajikan pelbagai jenis lauk pauk melayu asli. Masakan panas dan goreng-goreng pun ada tau.
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 4.30 petang
Kailis Fish Market Cafe
Kafe ini pula menawarkan hidangan Fish & Chips yang begitu sedap. Buktinya, resepi Fish & Chips di sini pernah memenangi anugerah Fish & Chips paling sedap dan resipinya juga adalah turun-temurun sejak tahun 1928 lagi.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 8.00 malam
Penginapan unik dan menenangkan di ladang
Selain pilihan penginapan di bandar, korang boleh cuba kelainan baru dengan menginap di kawasan desa yang sedikit terpencil daripada bandar. Apa yang pasti dekat sini memang menenangkan!
Boshack Outback
Lokasi terpencil yang berdekatan dengan Toodyay ini hanya terletak 90 minit dari Perth. Di sini korang berpeluang untuk belajar tentang sejarah, budaya dan warisan Australia. Paling syok, korang juga boleh mendalami tradisi Orang Asli yang telah lama menduduki kawasan ini sejak 150 tahun yang lalu.
Korang juga boleh join macam-macam aktiviti seperti jungle trekking, menangkap udang karang dengan tangan, minum teh dan nikmati scones bersama jem. Waktu malam pula, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan kelipan bintang-bintang di langit yang cerah sambil memancing dan berkanu. Musim panas adalah musim terbaik untuk korang bercuti di sini.
Billa Billa Farm
Sama macam namanya, memang tempat peranginan ini cukup unik dan mempunyai pemandangan yang mengasyikkan di North Walpole. Destinasi ini menawarkan kotej yang mempunyai dua bilik dan perkidmatan tunggangan kuda padi percuma buat kanak-kanak setiap pagi.
Walpole merupakan lokasi istimewa di Australia Barat yang kaya dengan hutan simpan, sungai yang bersih dan alam semula jadi yang cukup nyaman. Ideal untuk korang yang suka aktiviti seperti merentas desa, kayak, belayar dan memancing.
Percutian lebih luar biasa bersama AirAsia!
Mesti semua tak sabar nak bercuti di Perth kan? Haa… tips paling penting adalah korang wajib terbang bersama AirAsia sebab mereka ada menyediakan penerbangan tambang murah dari Kuala Lumpur ke Perth setiap hari serendah RM369 je untuk penerbangan sehala.
Tapi sebelum tu, kami sarankan korang untuk dapatkan lebih banyak info tentang tempat-tempat menarik di Australia Barat menerusi laman sesawang Tourism Western Australia. Confirm tak sabar nak ke sana punyalah!
Haa… jangan tangguh lama-lama tau. Cepat ajak kawan atau keluarga dan buat tempahan tiket penerbangan korang sekarang di www.airasia.com.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment