Pages

Hiburan: Tun Dr Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

Hiburan: February 24, 2020 at 08:16AM

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi kenyataan media hari ini telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Beliau dilaporkan telah menyerahkan surat perletakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam perkembangan terbaru, Tun Dr Mahathir turut melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Perkara ini telah disahkan melalui kenyataan media di Twitter.

Letak jawatan Pengerusi

Pejabat Pengerusi Bersatu telah mengeluarkan satu kenyataan media memaklumkan Tun telah melepaskan jawatan tersebut. Difahamkan, perletakan jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Memetik laporan Harian Metro, keputusan diambil ekoran tidak bersetuju dengan gerakan 'pintu belakang' yang dilakukan beberapa parti politik untuk menguasai pentadbiran negara.

3 nama disebut-sebut

Sementara itu, UMNO telah mencadangkan dua nama yang akan dipertimbangkan iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Lapor portal itu lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan mengetuai kerajaan yang bakal dibentuk. Menurut sumber, perkara ini dipercayai telah dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir sendiri.

Sumber : Dr Mahathir Mohamad , Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular