Hiburan: February 27, 2020 at 06:20AM
Sudah seminggu berada di Jakarta, Indonesia, ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Khadijah Abdul Rahman memuat naik satu posting di Instagram di mana mereka sekeluarga sudah pulang ke Malaysia.
Menerusi posting itu juga, ibu kepada pelakon tersebut turut memberitahu dia akan sering berkunjung ke Indonesia selepas ini untuk menziarahi pusara anaknya.
I love all of you
Menurut Khadijah, dia bersyukur ramai orang menyayangi arwah anaknya itu. Tambahnya, dia akan ke Jakarta selalu untuk menziarahi kubur anaknya itu serta melawat menantu dan cucu kesayangannya. Sebagai ibu, dia akan selalu berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Ashraf agar dia tenang di sana.
Di ruangan komen pula, rata-rata rakan artis masih lagi meninggalkan ucapan takziah buat keluarga Ashraf serta meninggalkan kata-kata semangat buat isteri arwah.
Semoga ummi selalu sihat
Sumber: Khadijah A Rahman-Sinclair
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment