Hiburan: February 10, 2020 at 07:00AM
Industri hiburan tanah air kehilangan seorang lagi insan yang cukup berbakat iaitu Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey. Orang ramai termasuk keluarga terdekat dan rakan artis tidak melepaskan peluang memberi penghormatan terakhir kepada arwah yang dikenali sebagai seorang yang berjiwa murni.
Tak dapat tahan sebak
Altimet juga tidak sanggup untuk berkata-kata kerana sebak kehilangan seorang rakan yang baik. Abam disifatkan seorang yang gemar membantu orang lain dan sebagai seorang rakan yang baik.
Johan cuba tenangkan ibu arwah
Seperti yang dapat kita saksikan, Johan mendekati ibu kepada arwah dan cuba menenangkannya.
Suasana sebak
Suasana sebak di sekitar perkarangan rumah Allahyarham Abam Bocey yang turut dihadiri keluarga dan juga rakan artis. Ramai yang datang untuk menziarahi arwah buat kali terakhir.
Sebak kehilangan rakan seperjuangan
Achey dan Fad Bocey antara rakan rapat kepada Allayarham Syed Umar Mokhtar pastinya terkesan dengan kehilangan ini. Mereka mula bekerjasama dalam sebuah rancangan realiti hiburan yang diberi nama Bocey. Disitulah bermulanya perjalanan tiga sahabat ini di dalam dunia seni tanah air.
Anak kehilangan kasih sayang ayah
Tidak dapat menahan sebak apabila melihat gambar anak lelaki Abam Bocey ini yang belum sempat merasai kasih sayang seorang ayah. Semoga keluarga arwah Abam tabah dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
Sumber: ERA
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment