Pages

Hiburan: [VIDEO] ‘Kenapa Pukul Saya?’ – Uncle Cina ‘Tumbang’, Kepala Berdarah Ditumbuk Penguatkuasa

Hiburan: February 13, 2020 at 09:20AM

Satu video viral menerusi Facebook Adavadi Kaigalz, berkenaan rakaman seorang penguatkuasa menarik seorang lelaki warga emas sehingga rebah di atas jalan. Warga emas berkenaan disyaki memulakan provokasi sebelum itu. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Kenapa pukul saya?

Seorang lelaki warga emas berbangsa Cina itu didakwa melakukan provokasi terhadap penguatkuasa berkenaan sebelum mengetuk lelaki itu menggunakan payung yang dipegangnya. Kejadian berlaku dipercayai kerana warga emas berkenaan tidak berpuas hati apabila keretanya ditarik.

Penguatkuasa berkenaan yang hilang sabar akan tindakan warga emas berkenaan terus bertindak balas dengan menarik leher warga emas tersebut sehingga rebah di atas jalan. Semasa kejadian, orang ramai datang untuk menenangkan keadaan dengan membantu warga emas berkenaan dan menarik penguatkuasa tersebut dari terus membelasah.

Walaubagaimanapun, laporan berhubung kejadian masih belum diperoleh. Lokasi dan punca insiden masih tidak dapat dikenal pasti.

Siapa suruh tak bagi kerjasama

Rata-rata netizen mempunyai pendapat masing-masing. Ada yang menyalahkan warga emas berkenaan yang mencetus pergaduhan dan ada yang sebaliknya. Bagaimanapun, niat tidak menghalalkan cara.

Sumber: Adavadi Kaigalz



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular