Pages

Hiburan: [VIDEO] Sekelip Mata 5 Beradik Jadi Anak Yatim, Ibu Bapa ‘Terpelanting’ Dirempuh Pemandu Mabuk

Hiburan: February 9, 2020 at 10:54PM

Sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan kes kemalangan yang membabitkan pemandu mabuk sehingga telah meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain. Hal ini secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Terbaru, seorang pekerja kilang maut manakala isterinya mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh pemandu mabuk.

Pasangan dirempuh pemandu mabuk

Memetik laporan dari Malaysiakini, kemalangan nahas itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Perai, Pulau Pinang. Kereta jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol itu dikatakan secara tiba-tiba telah merempuh bahagian belakang motosikal yang ditunggang pasangan suami isteri ini ketika mereka berada di lorong sebelah kiri. Berikutan daripada rempuhan itu, kedua-dua mangsa telah tercampak ke atas jalan raya.

Mangsa, Khairizul Mohamad Noor disahkan meninggal dunia ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. Manakala isterinya, Zuriana Hasan mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa kini masih belum sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

Dalam perjalanan pulang ke rumah

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pemandu yang berusia 34 tahun itu walau bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pemandu kereta berkenaan telah ditahan untuk siasatan dan ujian pernafasan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) mendapati lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sementara itu Sinar Harian turut melaporkan, salah seorang ahli keluarga mangsa, Khairuddin yang ditemui di Unit Forensik berkata kemalangan nahas itu berlaku ketika pasangan ini dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Butterworth selepas keluar makan bersama dua orang adik-beradik yang lain. Tapi malangnya tidak sempat sampai ke rumah, pasangan ini telah terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa Khairizul.

Zuriana masih belum sedar dan dia juga tidak tahu suaminya telah meninggal dunia, pasangan itu mempunyai lima anak yang masih kecil.

Jenazah Khairizul telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Hj Mohd Saad.

Sumber: Malaysiakini, Sinar Harian, Penang Kini



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular