Pages

Hiburan: Walaupun Minta Maaf, Ustaz Kazim & Ustaz Dusuki Harap Tindakan Tegas Dikenakan Terhadap Usahawan Kosmetik

Hiburan: February 9, 2020 at 05:07AM

Insiden yang melibatkan usahawan kosmetik ke tanah suci Mekah masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah isu ini mendapat pelbagai respon ketidakpuasan hati orang ramai. Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias dan Ustaz Ahmad Dusuki memberikan teguran buat usahawan itu.

Menghina dan mempermainkan agama

Menurut Ustaz Kazim, pakaian yang dipakai oleh usahawan tersebut ketika di Mekah ternyata menghina dan mempermainkan agama Islam. Tambahnya, walaupun usahawan itu sudah membuat permohonan maaf dan mendakwa dia berniat baik, perbuatannya itu tetap dianggap satu kesalahan dan tindakan yang tegas perlu diambil agar insiden seperti itu tidak berulang lagi.

Walaupun perwatakan, body (badan) perempuan, tetap jantan (lelaki). Kemudian, pergi umrah, lelaki mana boleh pakai pakaian berjahit, mana boleh pakai telekung? Mesti ambil tindakan kerana menghina agama, mempermainkan agama. Salah tetap salah dan nilaian baik bukan kita yang boleh tentukan tetapi Allah.

Ingat kisah kaum Nabi Luth

Manakala, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pula mengingatkan usahawan itu supaya kembali kepada fitrah asalnya dan bertaubat. Di samping itu, Ustaz Dusuki turut mengingatkan semula kisah kaum Nabi Luth yang dirunkan bala oleh Allah.

Jangan kamu sangka Allah lupa apa kamu lakukan tetapi Allah tangguh sikit saja, nak tunggu masa dan ketikanya. Ketika kamu lupa segala peringatan Allah, Allah buka segala pintu maksiat, kamu nak jadi pondan, perempuan, Allah biarkan. Sampai kamu rasa gembira sungguh dengan maksiat kamu buat, tengah kamu suka, Allah rentap nyawa dalam keadaan mengejut hingga kamu masuk ke dalam kubur dan tercengang-cengang menghadap Allah.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila usahawan tersebut dilihat bertelekung di Tanah Suci dan gambar tersebut mengundang reaksi kurang senang ramai pihak. Agensi pelancongan yang membawa usahawan tersebut dan keluarganya menunaikan umrah turut dikecam kerana membiarkan usahawan itu berpakaian wanita ketika berada di Tanah Suci.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular