Pages

Hiburan: 3 Kesilapan Lazim Yang Selalu Dilakukan Oleh Wanita Ketika Memilih Produk Kecantikan Secara Atas Talian

Hiburan: March 25, 2020 at 02:32AM

Sudah menjadi lumrah dan rutin untuk semua wanita membeli produk kecantikan dan skincare pada setiap bulan. Pada masa ini jugalah, ada yang akan mencari-cari produk baru yang mungkin lebih sesuai untuk digunakan.

Tambahan pula, musim #DudukRumah ni, ramai kaum wanita di luar sana yang pasti mencari produk kecantikan secara atas talian.

Ada antara kita yang lebih gemar membeli produk secara atas talian saja sebab lebih senang dan cepat. Untuk pastikan anda membeli dengan betul, elakkan kesilapan ini semasa membeli dalam talian.

Membeli dari sumber tidak dipercayai

salah beli

Membeli secara atas talian memang tak dinafikan lebih mudah tapi risiko untuk menjadi mangsa penipuan juga adalah tinggi! Perkara pertama yang anda perlu pastikan sebelum membuat pembelian, pastikan anda membeli dari sumber yang sah dan boleh dipercayai.

Elakkan daripada membeli dari sumber yang diragui terutamanya sumber yang anda tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Nak selamat, baca dahulu review daripada pembeli-pembeli yang lain sebelum anda membuat pembayaran.

Beli tanpa tahu kandungan produk

tips beli barang kecantikan

Ini adalah salah satu kesilapan yang kerap dilakukan semasa membeli barang di atas talian terutamanya untuk produk kosmetik dan skincare. Sudahnya, terpaksa la anda menjual semula produk tersebut sebab tidak sesuai dengan keadaan kulit anda. Memang membazirkan wang dan waktu!

Setiap produk pasti ada label bahan kandungan yang digunakan, jadi sebelum membeli tu periksa dulu sama ada ianya sesuai atau tidak untuk anda. Ada bahan yang mungkin boleh berikan kesan iritasi atau alergik pada kulit. Tips, kenalpasti dulu masalah kulit wajah sebelum membeli sesuatu produk.

Tiada pengesahan halal

tiada cert hala

Jangan pandang ringan tentang pengesahan halal untuk produk kecantikan yang anda gunakan. Untuk pastikan ianya selamat digunakan untuk kegunaan harian, kandungan di dalam produk mestilah halal dan mendapat kelulusan yang sah. Pengesahan halal ini akan memastikan semua bahan yang digunakan bebas daripada kandungan tidak sepatutnya.

Sekarang ni tak dinafikan memang susah untuk mencari produk kosmetik yang utamakan soal halal untuk produk mereka. Tapi baru-baru ini, Abang Nara sendiri dah jumpa produk kosmetik yang halal dijual secara atas talian! Lepas ni tak payah nak pening kepala dah sebab produk ni pun sudah berada di pasaran Malaysia. Nak tahu produk apa tu?

Produk Wardah!

wardah x lazada

Wardah merupakan produk kosmetik dan skincare halal pertama di Indonesia yang semakin menempa nama dalam kalangan pengguna wanita di Malaysia. Kalau anda nak tahu, jenama Wardah diasaskan pada tahun 1995 dan menjadi produk kosmetik pertama dengan pengesahan halal. Selain daripada kosmetik, Wardah juga mempunyai barisan produk skincare yang juga halal untuk digunakan!

Bukan hanya halal semata-mata, Wardah juga menyediakan rangkaian tona yang boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Menjadikan Wardah cukup terkenal dalam kalangan pengguna yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum. Tak kira lah sama ada anda berkulit cerah atau bersawo matang, semua jenis kulit sesuai menggunakan Wardah.

wardah x lazada

Sejak pertama kali memasuki pasaran Malaysia, produk kosmetik dari Wardah antara yang menarik perhatian ramai terutamanya Wardah's Exclusive Matte Lip Cream. Bukan saja kerana pilihan warna yang ditawarkan tetapi ianya juga mengandungi Vitamin E untuk melembapkan bibir. Tengok saja lah pilihan warna yang ada, memang rambang mata!

wardah x lazada

Selain produk kosmetik, rangkaian skincare yang ditawarkan Wardah juga tak kurang hebatnya. Oleh kerana Wardah merupakan syarikat berasal daripada Indonesia, mereka lebih memahami masalah yang dihadapi oleh pengguna wanita di Asia. Untuk yang ingin mencuba, Wardah White Secret boleh membantu anda mengatasi masalah kulit kusam dan dapatkan kulit cerah berseri!

Wardah X Lazada

A picture containing indoor, toiletry, cosmetic, table Description automatically generated

Mesti ramai yang dah teruja untuk mencuba sendiri rangkaian produk daripada Wardah ni kan? Berita baiknya sekarang ini anda boleh dapatkan produk Wardah secara atas talian dengan Lazada! Dah tentunya Lazada adalah platform yang dipercayai ramai dan anda tak perlu bimbang menjadi mangsa penipuan atas talian.

Yang bestnya lagi, kini anda boleh dapatkan promosi menarik sekiranya anda membeli produk Wardah di Lazada! Nak tahu apa dia promosi menarik tu?

Anda boleh dapatkan baucer di Lazada Wardah Official Store untuk dapatkan tiga baucer istimewa ini. Antaranya ialah 10% potongan harga, RM8 diskaun untuk pembelian minimum RM 65 dan RM 15 diskaun untuk pembelian minimum RM 100. Memang berbaloi!

A picture containing table, small, sitting, pink Description automatically generated

Selain itu, anda boleh dapatkan promosi setiap hari di Lazada seperti promosi RM9.90 dengan penghantaran percuma untuk Wardah White Secret Exfoliating Lotion (RM27.60), Exclusive Matte Lip Cream berharga RM18, percuma Instaperfect Pouch untuk setiap pembelian berharga RM88 dan ke atas (mesti ada satu pembelian Instaperfect) dan BELI SATU PERCUMA SATU Exclusive Two Way Cake (dapatkan refill Exclusive Two Way Cake).

wardah x lazada birthday sale

Jangan lupa dapatkan produk Wardah di Lazada sekarang untuk dapatkan promosi menarik yang sedang ditawarkan sekarang! Masa ni lah anda boleh mencuba sendiri produk Wardah dan dapatkan dengan cara yang mudah. Bonusnya, siap ada promosi lagi untuk anda rebutkan! Untuk pengguna setia Wardah pula, lepas ni lebih senang lah anda membeli produk Wardah pada setiap bulan kan?

Untuk maklumat lain mengenai produk Wardah anda boleh layari laman rasmi Wardah atau ikuti mereka di Instagram. Bagi yang nak dapatkan produk Wardah secara atas talian pula, boleh terus ke Lazada untuk lakukan pembelian. Selamat membeli-belah!



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular