Hiburan: March 24, 2020 at 08:28AM
Rancangan yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan iaitu I Can See Your Voice Malaysia antara rancangan yang diminati ramai. Minggu lalu, primadona tanah air iaitu Erra Fazira telah diundang sebagai artis jemputan.
Namun, agak mengecewakan apabila Erra memilih penyamar bersuara sumbang sebagai rakan duetnya, sedangkan penyanyi misteri yang disingkirkan adalah penyanyi sebenar dan sangat berbakat.
Malangnya, dia tidak dipilih hanya kerana penampilannya yang dilihat tidak menyakinkan.
Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Adibah Noor yang menyifatkan situasi itu sebagai 'body shaming', hanya kerana tidak kelihatan seperti penyanyi gara-gara berbadan gempal. Selepas itu tiba-tiba pula rasa kagum dengan bakatnya selepas tahu dia boleh menyanyi dengan baik. Kenapa pula begitu?
Yang dinilai hanyalah penampilan dan bukannya bakat, mengapa perlu membuat program seperti itu?
Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Adibah itu. Melabelkan program tersebut lebih memilih rupa berbanding bakat.
Konsep program tersebut adalah berbentuk hiburan dan fikir positif mungkin Erra mahupun juri-juri yang lain tiada niat untuk memperlekehkan bakat serta 'body shaming' peserta tersebut. Apa pula pendapat anda?
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment