Pages

Hiburan: Angkat & Hempas Ke Lantai Sehingga Organ Dalaman Cedera, Pelajar Tahfiz Kritikal Dibuli

Hiburan: March 12, 2020 at 04:44AM

Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan paling sedih ia mampu meragut nyawa.

Menerusi Facebook seorang pengguna, dia berkongsi sebuah kisah di mana adiknya yang merupakan seorang pelajar tahfiz di salah sebuah pusat tahfiz di Selangor dibuli dan dipukul oleh pelajar tahfiz yang lain sehingga mengakibatkan organ dalamannya hancur.

Organ limpa hancur

 

Menurut abang mangsa, adiknya itu dibuli dan dipukul oleh pelajar tahfiz yang lain sehingga organ hatinya cedera dan organ limpanya hancur. Ekoran daripada kejadian itu, adiknya kini terlantar di sebuah hospital serta berada dalam zon merah. Tambahnya, doktor memberitahu bahawa organ limpa adiknya itu bakal dibuang dan akan menyebabkan sistem imunisasi badannya tidak berfungsi.

Bercerita mengenai kejadian itu, adiknya turut memberitahu seramai 5 hingga 7 orang pelajar tahfiz telah memukulnya. Mereka turut mengangkat dan menghempasnya ke lantai. Sebagai abang dan ahli keluarga, mereka meminta pihak tahfiz untuk menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Namun, pihak tahfiz memberitahu yang cctv mereka rosak. Kesemua pelajar tahfiz yang dipercayai memukul dan membuli adiknya itu sudah ditangkap oleh pihak polis dan kesemua mereka dibawa ke Ipd Selangor.

Pilih pelajar yang tiada rekod disiplin

Allahu. Adik Afiq Fikri dipukul hingga organ hatinya cedera, limpa hancur dan terpaksa dibuang. Lebih menyedihkan, ia berlaku di sekolah tahfiz. Sekolah tempat anak-anak diajar menghafaz Al Quran. Kejadian seumpama ini bukan kali pertama berlaku. Dan ia sedikit sebanyak mencemarkan sekolah tahfiz. Sepatutnya suasana dan budaya di sekolah tahfiz menenangkan, damai dan baik-baik.

Maklumlah, tempat berkumpulnya pelajar yang ingin menghafaz Quran dan para huffaz bakal dilahirkan. Aku merenung sekejap tentang hal ini. Sejujurnya sudah lama aku terfikir, sekolah tahfiz dijadikan bagai sekolah juvana. Ibu bapa yang punya anak bermasalah menghantar anak mereka ke pusat tahfiz dengan harapan anak mereka berubah. Maka, tidak hairan di pusat tahfiz menjadi tempat berkumpul pelajar nakal dan bermasalah. Kes liwat, mencuri, hisap rokok, buli pun ada pernah didedahkan.

Sekolah tahfiz bukan pusat pemulihan akhlak. Ia sepatutnya menjadi tempat berkumpulnya anak-anak yang bersih jiwa mereka, yang ingin memenuhkan dada mereka dengan Al Quran. Pelajar nakal dan liar dihantar oleh ibubapa mereka ke pusat tahfiz biasanya bukan atas kehendak dan kerelaan pelajar itu sendiri. Ibubapa yang memaksa anak ke sana dengan harapan akhlak anak mereka menjadi lebih baik.

Kisah pelajar tahfiz berkenaan ternyata mendapat perhatian ramai. Antaranya, seorang guru yang dikenali sebagai Fadli Salleh. Menurutnya, pihak sekolah tahfiz perlu memilih pelajar sebelum mengambil mereka sebagai pelajar.

Saringan ketat perlu dibuat

Namun sebaliknya berlaku. Pelajar nakal ini yang biasanya membuat angkara dan merosakkan pula pelajar yang benar-benar ikhlas ingin menghafaz Quran. Aku fikir, sudah tiba masanya pusat tahfiz menyaring betul-betul pelajar sebelum mengambil mereka menjadi pelajar tahfiz. Pilih pelajar yang tiada rekod disiplin, yang baik-baik, yang benar-benar ingin menghafaz Al Quran datang dari diri mereka. Bukan dipaksa ibubapa dan bukan juga pelajar yang bermasalah di sekolah harian biasa.

Untuk pelajar bermasalah, mungkin patut dibina sekolah pemulihan akhlak. Seumpama sekolah juvana atau setaraf dengan Sekolah Henry Gurney. Namun lebih Islamik dan boleh juga dibuat kelas hafazan Quran di sana. Letak warden dari kalangan askar pencen mungkin lebih baik agar mereka berdisiplin dan tidak berani membuat onar. Tidak lagi boleh dibiarkan pelajar bermasalah bercampur aduk dengan pelajar baik dan berdisiplin di pusat tahfiz. Akhirnya, pelajar yang sopan, baik dan benar-benar ingin menjadi huffaz menjadi mangsa pelajar liar dan nakal ini.

Sudah acapkali hal seperti ini berlaku. Pusat tahfiz tidak lagi boleh memandang enteng isu ini. Saringan ketat perlu dibuat agar keselamatan dan suasana pembelajaran di sekolah tahfiz lebih harmoni dan tenang. Jangan kerana 4-5 orang pelajar nakal dan liar, institusi yang disegani dan tinggi martabatnya ini dipandang rendah oleh masyarakat. Sesuatu harus dilakukan. Dan ia seharusnya dibuat secepat mungkin. Doakan adik Afiq Fikri diberi kesembuhan segera. Amin.

Tambahnya, sekolah tahfiz merupakan tempat anak-anak diajar menghafaz Al Quran dan membersihkan jiwa. Tambahnya, sekolah tahfiz bukan sekolah juvana yang ibu bapa perlu menghantar anak mereka untuk berubah.

Sumber: Fadli Salleh



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular