Hiburan: March 11, 2020 at 04:09AM
Betul ke yang orang Malaysia dah makin malas nak masak sebab tu servis penghantaran makanan semakin mendapat perhatian. Lagi-lagi korang yang duduk dekat bandar, rasanya dan biasa tengok rider penghantar makanan berbaju pink kat jalan raya.
Mungkin ada yang tak faham kenapa orang gemar sangat dengan servis penghantar makanan ni. Meh, kami bagitahu kenapa pengguna servis penghantar makanan suka sangat dengan perkhidmatan ini.
1. Tak perlu hadap trafic jam!
Kesesakan jalan raya bukan perkara yang menghairankan kalau tinggal di bandar. Tempat yang dekat pun boleh sangkut sampai 30 minit kalau korang bawa kereta, tu belum nak cari parking. Banyak masa terbazir kat situ. Lagi-lagi kalau tempat makan tu lokasi hotspot.
Nasib baik sekarang dah ada banyak servis delivery makanan. Hanya perlu order je dan makanan sampai depan pintu rumah.
2. Menjimatkan duit dan tenaga.
Seriuslah pesan makanan menjimatkan duit? Haa.. Ini bergantung makanan apa yang korang pesan. Kalau korang seorang yang berkerjaya dan jarang memasak, servis penghantaran makanan merupakan pilihan yang terbaik. Korang tak perlu buang tenaga nak beli barang basah dan sediakan makanan.
Bayangkan kalau korang jarang memasak dan setiap kali nak masak kena beli bahan mentah. Kos yang korang keluarkan sebenarnya lebih banyak daripada kos order makanan. Lepas tu, kalau ada lebihan bahan mentah mesti akan membazir sebab kalau simpan pun tak tau bila masa korang nak masak lagi!
3. Tiba-tiba mengidam makanan Korea? Order jelah!
Selalunya kalau mengidam makanan ni kita kaitkan dengan ibu mengandung. Rasanya sekarang tak lagi, dengan lambakan makanan enak di Malaysia, anytime je boleh rasa lapar dan nak makan. Nasib baik sekarang dah ada perkhidmatan food delivery, korang tak payah pening kepala.
Buka je aplikasi penghantaran makanan dan taip makanan yang korang nak sangat makan. Korang akan dapat senarai kedai yang menyediakan menu yang diidamkan dan terdapat rating yang boleh membantu korang buat pilihan makanan.
4. Siap ada diskaun kalau order delivery. Fuh!!
Dahlah tak perlu keluar, siap bagi diskaun lagi kalau order. Inilah antara sebab utama kenapa rakyat Malaysia sekarang ni suka sangat guna aplikasi delivery. Kos penghantaran pula murah boleh jadi free (bergantung kawasan dan promosi) sehingga RM4.99 je!
Itu belum lagi kod istimewa untuk diskaun makanan, boleh jadi harga yang korang perlu bayar untuk makanan tu setengah daripada harga kalau korang makan kat kedai. Gilerlah!
5. Sorang nak makan burger, sorang nak makan nasi goreng. Takde hal!
Bila berkeluarga atau bersama kawan-kawan, nak buat keputusan untuk makan bukan perkara yang mudah. Masing-masing ada pilihan dan citarasa nak pilih makanan, kalau tak dilayan salah satu boleh merajuk pastu tarik muka.
Nasib baiklah ada servis penghantaran makanan yang memahami masalah macam ni seperti foodpanda. Di mana korang boleh menempah makanan daripada restauran yang berbeza pada waktu yang sama tau. Fuhh.. Settle masalah nak makan apa!
Tak payah download banyak sangat aplikasi penghantaran makanan, foodpanda kan ada!
Korang pengguna setia food delivery? Tipulah kalau tak tau jenama foodpanda! Kalau korang nak tau, foodpanda dah berada di Malaysia sejak 8 tahun lalu dan merupakan yang terawal menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan secara atas talian.
Dengan kolaborasi bersama lebih 20,000 rakan niaga di seluruh negara, korang pasti takde masalah untuk membuat pilihan makanan. Korang juga boleh pilih cara nak buat pembayaran sama ada secara atas talian dengan menggunakan kad kredit/debit atau lagi satu cara korang bayar bila makanan sampai (COD).
Malas nak tunggu? Pick-up sendiri makanan korang!
Bukan itu je! Korang jugak boleh pesan makanan dan pick-up sendiri melalui aplikasi foodpanda tau. Menerusi servis pick-up ni, korang dapat menjimatkan masa sebab korang tak perlu tunggu lama depan kedai, dalam perjalanan pulang daripada kerja atau tengah run errand tu, korang hanya perlu singgah sekejap ke kedai makan untuk ambil tempahan korang.
Aplikasi foodpanda akan berikan korang notifikasi bila makanan dah ready. So, takdelah terkejar-kejar dan korang pun boleh rancang masa dengan sebaiknya.
Luaskan pengaruh dengan pandamart
Memandangkan sekarang ni semuanya di hujung jari, foodpanda juga meluaskan perniagaan mereka melalui pandamart. Dengan pandamart, korang boleh memesan barangan keperluan seperti barangan runcit, kecantikan dan produk penjagaan bayi. Antara rakan niaga mereka ialah S & J Co Gift Shop, Shell Select, Matahari dan Vapempire.
Jom pesan makanan dengan foodpanda!
Korang lapar dan tak tau nak makan apa? Apa kata bukak je aplikasi foodpanda atau layari laman web foodpanda dan pilih makanan yang korang nak. Ini kami senaraikan restoran yang sering menjadi pilihan pelanggan foodpanda dari seluruh negara.
-
-
- Restoran Nasi Vanggey – Ipoh
- Restoran Habib (Nusa Bestari) – Johor
- Hussain Nasi Kandar – Kedah
- Kiasatina Cafe – Kelantan
- Nasi Kandar Subaidah (Hang Tuah Mall) – Melaka
- Tea Box Cafe – Negeri Sembilan
- Nasi Kandar Subaidah – Penang
- Borenos Fried Chicken – Sabah
- Potato Story Plus – Sarawak
- Restoran Plan A – Terengganu
- Restoran Anwar Maju – Subang Jaya
- Restoran Ameer Ehsan – Puchong
- Ikan Bakar Kuala Perlis by Selera Impianku – Petaling Jaya
- Pak Yop Tiptop Corner – Kuala Lumpur
- Santai D'Nara – Ampang
- Restoran PKS Maju – Seri Kembangan
- Restoran Amir Tomyam – Bangi
- Heritage Redcard Cafe – Kajang
- Harraz Western & Tomyam – Semenyih
- Zam Zam Restoran – Sungai Buloh
- Buharry Briyani Bistro – Klang
- Selera Thai Tomyam Warisan – Putrajaya
- Restoran Jamek – Cyberjaya
- Restoran Hakim – Shah Alam
-
Psstt.. Sekarang ni tengah ada promo untuk pesanan makanan tau, dengan memasukkan kod promo PANDAPAL, korang boleh menikmati 30% potongan harga dengan minimum pembelian RM20 (diskaun sehingga RM20). Promo kod ni boleh digunakan diseluruh negara untuk servis penghantaran makanan, pick-up dan juga pandamart.
Bagi pelanggan baru pula lagi istimewa, korang hanya perlu masukkan kod promo NEWPANDA dan korang layak untuk menikmati 50% potongan harga (diskaun sehingga RM20). Manakala untuk servis pick-up, korang boleh menikmati 15% potongan harga di restoran yang menyediakan khidmat ni.
Kesemua promosi ni hanya untuk jangka waktu yang singkat ya. So, tunggu apa lagi jomlah muat turun aplikasi foodpanda dalam telefon korang sekarang juga! Gerenti kerja korang lagi senang, nak makan pun tak payah nak fikir!
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment