Hiburan: March 23, 2020 at 06:01AM
Disebabkan faktor nilai mata wang negara Singapura lebih tinggi daripada Ringgit membuatkan rakyat kita bekerja di negara itu. Ekoran penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan, turut menyebabkan masih ada rakyat Malaysia yang 'tersangkut' di sana. Malah mereka turut diberi dua pilihan sama ada untuk menetap di Singapura selama 3 bulan lagi atau boleh pilih untuk pulang ke tanah air.
Perkongsian ini turut dikongsi oleh Annuar Jasni sudah tentunya ingin 'membuka mata' ramai pihak untuk tidak memandang rendah terhadap rakyat Malaysia yang dilema untuk buat pilihan.
Malaysian work permit to stay in Singapore
Viral dah pasal benda ini. Boss kasi 2 pilihan. Stay Singapore untuk 3 bulan lagi atau boleh pilih untuk balik JB (work permit pulang). Itu kalau 3 bulan. Kalau lebih macam mana? Hilang kerja atau balik ke keluarga tercinta? Atau terpaksa kerja untuk keluarga?
Apa-apa pun pilihan korang, bincanglah sebaiknya dengan semua pihak. Ya, memang family itu penting. Tapi duit pun penting. Lain orang lain komitmen jangan pernah samakan. Balik Malaysia kalau tak boleh kerja nak makan apa? Yang boleh kerja jangan bahan orang yang tak kerja. Yang pilih untuk tak nak kerja pula jangan bahan orang yang pilih untuk kerja. Nasib kita tak sama ingat tu.
Baru umum 2 minggu pun ramai dah cabut
3 bulan itu lama sangat ke? Baru umum 2 minggu pun hari itu ramai dah cabut. Cuba kita fikir orang yang kerja offshore. Kekadang 3 bulan. Kekadang 6 bulan sekali baru balik. Cuba tengok bibik Indon dekat rumah boss anda. Ada anak ada suami dekat kampung. 2 tahun sekali baru balik. Cuba tengok Bangla/Pakistan/India yang sanggup datang kerja dari jauh. Kekadang 3 tahun sekali baru balik. Dia orang pun ada anak bini dekat sana. Tapi fikirkan tanggungjawab. Fikirkan kerja mereka sanggup.
Jadi, jangan dijadikan isu kalau orang Malaysia pilih untuk stay lagi 3 bulan. Diaorang bukan lebihkan kerja dari family tapi dia orang fikirkan tanggungjawab. Bukan diaorang tak nak balik. Tapi keadaan sekarang yang buatkan meraka tak boleh balik. Sebelum ini hari-hari kami balik. Kami pun nak jumpa orang yang tersayang. Dia orang dah fikir masak-masak . Mungkin isteri dia orang kasi. Fikir anak memang tak sanggup. Tapi fikir tanggungjawab mereka terpaksa kuat.
Hati koyak mereka simpan sendiri
Hati koyak mereka simpan sendiri. Janganlah kita perli-perli untuk tambah kesakitan yang dah ada sekarang. Siapa tak sedih semua sedih. Nasihat saya sebelum buat apa-apa keputusan bincanglah sebaik-baiknya dengan keluarga/isteri/boss. Jangan dah separuh jalan rasa menyesal tak sudah. Jagalah hati semua pihak. Pilihan memang sukar tapi kita tetap kena pilih.
Boleh kongsikan pendapat atau luahan masing-masing dalam komen. Semua orang berhak bagi pandangan. Kita tengok mana yang lagi baik mana yang buruk. Tapi janganlah sampai bergaduh pula ye.
Saya berdoa kita semua tak kehilangan kerja. Dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Diberikan kesihatan yang baik dan dapat balik berjumpa orang yang tersayang. Dan yang paling penting isu COVID-19 ini berakhir dengan cepat dan jauhkanlah dari kami serta keluarga kami. Berita belum rasmi, tapi kalau betul terjadi, macam mana nak pilih?
Sumber: Annuar Jasni
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment