Hiburan: March 21, 2020 at 02:18AM
Beberapa hari lepas, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan seramai 4,000 peserta ijtimak tabligh di Masjlid Seri Petaling masih belum hadir membuat saringan COVID-19. Oleh itu, beliau memohon kepada mereka yang terlibat supaya tampil tanpa perlu dicari oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Janganlah pula lari kerana pihak yang bertanggungjawab hanya mahu membantu. Seperti yang dikongsi Nor Muhammad Hafiz, seorang peserta melarikan diri selepas cuba menipu ketika saringan.
Menipu semasa saringan
Al-Kisah harini.
Pt suspek COVID bersimptom (barking cough, Tachypnic, SOB,) dan telah menghadiri ijtimak di sri petaling menipu masa saringan, duduk di ruang menunggu yang penuh pesakit lain. Masuk ke bilik triage menipu lagi, masuk ke bilik doktor baru pecah rahsia. Redirect ke screening area COVID untuk di proses. Namun beliau melarikan diri.
Call pakai number klinik tak angkat. Pakai nombor personal baru angkat. Pujuk elok-elok suruh datang balik ke klinik tak jalan. Kite call polis. Abang polis pulak tolong "pujuk".
Akhirnya datang semula beliau ke klinik. Abang polis pun datang melawat. Setelah dinasihatkan, beliau setuju untuk dihantar ke HKL.
Anda lari? Kami kejar sampai dapat
Jika sakit, jujur lah. Kami ada untuk merawat.
Jika menipu je keje nye. Kami pun ada rawatannya
Anda lari? Kami kejar sampai dapat. Semua atas dasar untuk merawat.
Terima kasih kepada abang polis atas bantuan pantas tuan-tuan semua. Stay safe, stay strong.
Update: Kisah ini adalah benar. Berlaku di tempat saya bekerja dari jam 8.30 malam 20/03/2020 hingga pesakit dihantar ke HKL pada jam 10.30 malam. Saya yang jerit panggil nama pesakit. Saya yang cari pesakit dalam klinik.
Kisah ini bukan untuk kondem tabligh tetapi untuk bagitau supaya jujur. Tu sahaja.
Sumber : Nor Muhammad Hafiz Bin Samad
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment