Pages

Hiburan: Covid-19: Singapura Catat 2 Kematian Pertama

Hiburan: March 21, 2020 at 06:25AM

Jumlah kes Covid-19 di Singapura sebanyak 385 telah mencatat 2 kes kematian pertama pada hari ini. Berita ini di sampai sendiri oleh Menteri Kesihatan Singapura Gan Kim Yong pada satu sidang media. Menerusi laporan The Straits Times,  seorang daripada mangsa tersebut ialah warga emas berusia 75 tahun manakala seorang lagi merupakan rakyat Indonesia yang berada di sana.

2 warga emas disahkan mati

Menurut Gan, warga emas tersebut mempunyai sejarah penyakit jantung yang kronik serta tekanan darah yang tinggi telah mati pada jam 7.52 pagi. Sebelum ini dia telah di masukkan ke National Centre fo Infectious Diseases (NCID) pada 23 Februari atas sakit radang paru-paru, namun disahkan mempunyai Covid-19 pada hari yang sama. Mangsa telah berada di unit rawatan intensif sejak mempunyai komplikasi yang serius. Setelah berada di ICU selama 26 hari, dia telah disahkan meninggal dunia.

Selain itu, pesakit kedua yang merupakan warga Indonesia berusia 64 tahun telah dimasukkan ke NCID pada 13 Mac lalu setelah berada dalam keadaan kritikal. Mangsa yang tiba di Singapura dari Indonesia pada hari yang sama. Sebelum tiba di Singapura, mangsa telah dirawat di Indonesia bagi penyakit pneumonia dan mempunyai sejarah sakit jantung.

Ambil langkah berjaga-jaga

Kami sangat bersedih dengan pemergian mereka, salam takziah buat kami kepada keluarga dan kami akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada keluarga mereka,

Saya faham bahawa rakyat Singapura akan turut terjejas dengan berita ini, tetapi kita mesti berani dan terus memainkan peranan kita untuk melawan virus ini.

Kita semua perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan diri kita dan keluarga kita selamat. Kita mesti kekal bersatu, bekerjasama, saling menyokong, saling menatap antara satu sama lain. Dengan cara ini, dengan tetap bersama, kita akan dapat mengatasi jangkitan Covid-19.

Gan berkata pihaknya akan berusaha keras untuk membendung penularan wabak ini dari terus meningkat naik. Dia menyarankan agar rakyat terus mengambil langkah berjaga-jaga dan bekerjasama antara satu sama lain untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit ini.

Sumber: The Straits Times



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular