Hiburan: March 23, 2020 at 01:51AM
Berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga dan mendapatkan topeng muka serta 'hand sanitizer' untuk mencegah wabak tersebut. Bagaimanapun, permintaan tinggi untuk kedua-dua barangan itu membuatkan harganya melonjak naik dan tidak semua orang yang mampu untuk membelinya.
Mengambil inisiatif sendiri, Daiyan Trisha telah menyumbang kira-kira lebih RM7,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), keluarga, serta golongan yang berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan untuk berdepan penularan wabak COVID-19.
Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu keluarga yang kurang pendapatan, keluarga susah dan yang memerlukan bantuan kewangan. Saya sangat bersyukur dapat menyumbang.
Bagaimanapun, bantuan saya cumalah satu peratus saja dan saya sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai yang boleh menyumbang sama. Selepas habiskan peruntukan sendiri, saya masih menerima banyak mesej di laman sosial daripada individu yang perlu bantuan.
Saya tidak boleh duduk diam dan perlu mencari jalan untuk memaklumkan mereka mengenai paltfrom berkenaan. Ada juga individu yang bertanya bagaimana mereka boleh tampil ke depan dan menyumbang sama.
Menurut penyanyi itu, terdapat beberapa platform yang boleh digunakan untuk sesiapa sahaja yang turut sama mahu menghulurkan sumbangan, antaranya adalah Mercy Malaysia, IMARET, dan MyCARE.
Penerima bantuan terdiri daripada golongan warga emas, keluarga kurang pendapatan, individu disyaki dijangkiti virus, dan kurang bernasib baik.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment