Pages

Hiburan: Hidap Simptom Sakit Tekak & Batuk Selepas Pulang Dari Kerja, Dr Sheikh Muszaphar Syukur Isteri Negatif Covid-19

Hiburan: March 30, 2020 at 04:15AM

Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu bahawa isterinya Dr Halina merupakan salah seorang petugas kesihatan yang berkhidmat ketika wabak Covid-19 ini. Menerusi akaun Instagramnya, Dr Halina mula bertugas sejak hari pertama penyakit tersebut melanda negara.

Isterinya merupakan individu yang akan melakukan ujian saringan kesihatan buat pesakit yang mempunyai simptom wabak berkenaan. Namun hari ini, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa isterinya sendiri mempunyai simptom yang sama.

Last night she gave us a scare

Instagram Photo

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, isterinya menunjukkan beberapa simptom wabak Covid-19 iaitu sakit tekak dan batuk selepas pulang dari tempat kerja semalam. Oleh itu, dia telah melakukan ujian saringan dan kuarantin diri sendiri di dalam bilik sehingga laporan kesihatannya dikeluarkan. Tambah angkasawan tersebut, melihat isterinya terpaksa dikuarantin dan berjauhan dengan anak-anak merupakan perkara yang paling sedih.

Di samping itu, Dr Halina pernah memberitahu bahawa dia tidak mahu anak-anaknya termasuk suami tercinta dijangkiti wabak berkenaan. Berhubung keputusan ujian saringan kesihatan, Alhamdulillah Dr Halina negatif wabak Covid-19. Malah, dia segera menjalankan tanggungjawabnya sebagai doktor. Kegigihan Dr Halina ternyata membuatkan suaminya terharu. Ini kerana, apa jua rintangan dan dugaan yang datang, sebagai doktor dia ingin menyelamatkan ribuan nyawa dan berbakti kepada negara.

May Allah always protect you all

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular