Pages

Hiburan: Jangan Cakap Saya Nak Menunjuk Pula – Black Tak Ambil Sewa Untuk 6 Buah Rumah Miliknya

Hiburan: March 29, 2020 at 05:26PM

Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial apabila ada beberapa artis seperti Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu mencadangkan agar kerajaan memberikan bantuan khusus untuk penggiat seni yang terjejas sumber pendapatan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan mereka dan berpendapat kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19.

black hanifah

Terbaru, meskipun dikecam teruk, Black nampaknya tetap prihatin membantu meringankan beban golongan yang terkesan sepanjang tempoh PKP. Dia memutuskan tidak mengambil sewa bulan April daripada beberapa penyewa rumah miliknya.

"Ini bukan riak. Jangan cakap saya nak menunjuk pula" – Black

black rumah sewa black rumah sewa black hanifah bantuan kerajaan

Dia juga berkata, kenyataannya sebelum ini disalah tafsir oleh netizen. Black menjelaskan dia hanya bersuara dan berjuang untuk penggiat seni mendapatkan hak masing-masing dan bukanlah meminta bantuan untuk dirinya.

"Kaya betul ni. Apa lagi, bantulah negara" – Netizen

black rumah sewa black rumah sewa black rumah sewa

Seperti yang dijangka, masih ramai yang terus mengecamnya. Menuduh Black sengaja ingin menayang hartanya.

Kita lihat dari suduh positif sahaja, niat Black itu baik dan semoga apa yang dilakukannya itu dapat menjadi contoh buat orang lain juga.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular