Hiburan: March 19, 2020 at 02:30AM
Terpalit dengan pelbagai kontroversi, baru-baru ini ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim memberikan teguran secara terbuka kepada usahawan kosmetik itu, meminta agar anaknya menjadi seorang profesional, berhenti menyanyi dan jangan terus gilakan publisiti sehingga memalukan keluarga.
Aliff sebelum ini memberitahu dia sudah pun memohon ampun kepada ibunya dan berjanji tidak akan lagi bersikap riak menayang kemewahan di media sosial, tetapi dia bertegas bahawa menyanyi serta lagu adalah jiwanya dan akan tetap mengeluarkan lagi lagu.
Kalau diminta untuk tidak buat lagu lagi, dia macam inilah, lagu adalah jiwa saya. Jiwa saya ni ala-ala macam Faizal Tahir. Saya rasakan, tak salah. Jadi walaupun orang tak suka, tidak mengapalah saya keluarkan juga.
Walau komposer tak mahu buatkan lagu, saya yang melabur untuk mereka buka lagu untuk saya. Ibaratnya macam itulah.
Pada masa yang sama, Aliff akui bahawa dirinya terasa hati dengan teguran tersebut dan menyifatkan tidak wajar ibunya berbuat demikian. Dia tertekan kerana teguran itu membuatkan lebih ramai netizen menyalah tafsir tentang dirinya selepas ini.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment