Pages

Hiburan: Kakitangan positif Covid-19, PLUS Tutup Plaza Tol Ebor

Hiburan: March 18, 2020 at 11:05AM

Kes wabak Covid-19 semakin hari semakin meningkat naik. Sebanyak 790 kes telah dicatatkan dengan 117 kes baru setakat jam 12 tengah hari tadi. Terbaru menerusi Berita Harian, seorang kakitangan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang bekerja di Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) telah disahkan positif wabak berkenaan.

Semua kakitangan perlu lakukan saringan

Susulan dengan itu, Plus telah mengeluarkan kenyataan bahawa pekerja tersebut yang bekerja sebagai pembantu khidmat pelanggan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan kerajaan. Ekoran dengan itu juga, pihak PLUS telah mengarahkan semua kakitangannya yang mempunyai hubungan rapat dengan petugas terbabit supaya menjalani pemeriksaan kesihatan dan dikuarintin.

Plaza tol ditutup buat sementara waktu

PLUS memberi jaminan bahawa kerja-kerja nyahkuman dan pembersihan diadakan di plaza tol terbabit.

Pelanggan dari Shah Alam, Batu Tiga serta kawasan sekitar yang menghala ke KLIA, Putrajaya dan selatan dinasihatkan memasuki Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Plaza Tol Seafield sepanjang tempoh penutupan.

Selain itu, Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) yang menghala ke Lebuhraya ELITE terpaksa ditutup sementara waktu mulai tengah malam ini sehingga ke 11.59 malam esok bagi memberi laluan kerja-kerja snitasi dan pembersihan. Pengguna dinasihatkan supaya mengguna laluan alternatif.

Sumber: Berita Harian



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular