Pages

Hiburan: Kisah Tragis Pemandu Teksi Dirompak & Dijerut Berkali-Kali Sebelum Ditanam, Peguam Dedah Fakta Kes

Hiburan: March 19, 2020 at 05:42AM

Kes-kes jenayah seperti rompakan dan pembunuhan bukanlah satu perkara yang asing lagi di Malaysia dan luar negara. Seperti perkongsian seorang bekas peguam mahkamah tentera iaitu Sir Kamarul di laman Twitter miliknya, menceritakan kembali kisah disebalik kejadian rompakan teksi.

Penglibatan 4 sekawan

Mangsa diserang dan diikat

Menceritakan kisah itu, Sir Kamarul memberitahu kejadian tersebut melibatkan empat sekawan dengan memilih teksi sebagai sasaran 'projek kotor' mereka itu. Pada malam kejadian, suspek bersama 3 orang rakannya yang lain telah menaiki sebuah teksi dan menuju ke sebuah kawasan yang agak terpencil.

Sebaik sahaja tiba di kawasan tersebut, pemandu teksi secara tiba-tiba telah diserang dan diikat sebelum meletakkannya di bahagian tempat duduk penumpang.

Meronta-ronta selamatkan diri

Mangsa yang sedang ketakutan cuba menyelamatkan diri dengan meronta-ronta dan menendang pintu kereta untuk meminta pertolongan tapi sayang usahanya itu tidak berhasil. Suspek kemudian telah memberhentikan kenderaan itu dan menumbuk muka mangsa berkali-kali sementara seorang lagi rakan suspek bertindak agresif dengan menendang kaki mangsa.

Mereka kemudian mengalihkan posisi mangsa dengan meletakkannya di bahagian tempat duduk belakang teksi.

Gali lubang dan tanam mangsa

Mereka memandu teksi tersebut dan menuju ke satu kawasan yang gelap dan sunyi. Semasa perjalanan, mangsa telah dijerut oleh suspek utama dengan menggunakan tali pinggang di bahagian tempat duduk belakang teksi berkenaan.

Mangsa kemudian didapati sudah tidak bernyawa. Seterusnya, suspek dan rakan-rakannya itu telah mengangkat dan menyimpan mangsa ke dalam but kereta sebelum dia ditanam.

Keluarga buat laporan polis

Didakwa kesalahan membunuh

Kesemua mereka akhirnya telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan membunuh dan akan dijatuhi hukuman sampai mati. Tetapi kes ini kemudian dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Fakta jelas

Jatuh hukuman gantung sampai mati

Sumber: Sir Kamarul



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular