Hiburan: March 10, 2020 at 05:14AM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai jemaah menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional ekoran perletakan jawatan Tun Mahathir sebelum ini. Antara yang menarik perhatian adalah pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan menggantikan Lim Guan Eng sebelum ini.
Melengkapkan larian 6 marathon major
Akaun Twitter Jom Kita Lari memuatnaik foto Tengku Zafrul yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) itu telah menamatkan larian di 6 acara marathon dunia. Selain itu, beliau juga pernah menyertai acara triathlon Ironman di Bangsean, Thailand dan Australia.
Kumpul lebih RM200 ribu untuk kebajikan
Menurut seorang individu yang pernah sama-sama berlari dengan menteri baru ini, Tengku Zafrul melengkapkan larian berjarak 42 kilometer itu dan dalam masa sama mengumpul RM200 ribu untuk dana kebajikan.
Beliau memulakan harinya seawal jam 4.45 pagi dengan berlari sejauh 13 kilometer sebelum diikuti sesi renang pada jam 7.
Catat masa terbaik di Chiang Mai Marathon
Kebolehannya mencatat masa terbaik dengan menyudahkan larian marathon penuh dalam masa kurang 4 jam seharusnya menjadi inspirasi buat semua kerana disebalik jadual yang padat, namun beliau masih mampu untuk berlatih.
Sumber: Jom Kita Lari, Mohd Zulfadhli Zahir
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment