Hiburan: March 19, 2020 at 01:02PM
Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan Kerajaan Malaysia sejak mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Rakyat digesa agar tidak keluar dari rumah jika tiada urusan penting bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Namun, arahan dari Perdana Menteri ini ternyata gagal dipatuhi segelintir daripada mereka. Mungkin juga kesedaran tahap kesihatan kurang jelas atau saluran info tidak sampai ke mereka yang tinggal di kawasan kampung. Senario hari ini melihatkan pihak berkuasa giat menjalankan tugas mereka dengan membubarkan majlis perkahwinan dan pasar tani.
Cakap elok tak jalan depa ni
Dekat Jitra lagi. Aku penat lah. Sabaq sat nanti nak keliling Jitra, bukak speaker tala kot luaq, and play video Azwan Ali.
Cakap elok tk jalan depa ni. pic.twitter.com/wqmdjvFTzq
— SudTeerak (@pizkayyy) March 19, 2020
Video ini dikongsi SudTeerak di mana pihak berkuasa daerah Kubang Pasu di Kedah juga tegas menjalankan tanggungjawab dengan membaca akta Perintah Kawalan Pergerakan. Situasi ini berlaku di pasar pagi yang terletak di Pekan Jitra Lama. Kelihatan ramai penduduk yang masih keluar mendapatkan bekalan makanan dan menjalankan urusan perniagaan di sana.
Serbu kenduri kahwin
Tular video @PDRMsia menasihat mereka yang hadir disebuah majlis perkahwinan di Alor Setar segera meninggalkan lokasi. @NewsMPB pic.twitter.com/OtyLAkRuJw
— Kumaran Rajamoney (@KumaranNewsMPB) March 19, 2020
Perkongsian dari Kumaran Rajamoney sebuah video menyaksikan pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar telah mengeluarkan arahan dan menghalau tetamu yang datang ke sebuah majlis persandingan di Kampung Pokok Alor Setar di Kedah. Ternyata masih ada penduduk kampung yang berdegil untuk menghadiri ke majlis perkahwinan. Setelah tibanya kehadiran pihak polis ke lokasi berkenaan, tetamu yang hadir mula bersurai.
Bagaimanapun, memetik laporan Metro, tetamu yang datang hanya boleh mengambil makanan dan perlu beredar dari kawasan rumah itu. Malah, tuan rumah majlis kenduri itu memahami arahan dan meminta semua tetamu mengikut arahan pihak polis.
Bodoh, tak bodoh semua ni
Menerusi perkongsian video dari Soffian Al-Idruse, perkara yang sama telah berlaku di Kampung Jawa, Kuantan di Pahang. Pasar tani di lokasi berkenaan juga kelihatan masih ramai penduduk yang ke sana bagi mendapatkan bekalan makanan. Menerusi rakaman video ini, kelihatan jelas banyak kenderaan yang parkir di situ dan begitu juga dengan beberapa buah khemah terpacak bagi menjalankan aktiviti perniagaan.
Boleh diambil tindakan
Harus diberi pujian kepada semua pihak berkuasa yang bertugas. Mereka berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan penularan wabak penyakit berjangkit ini. Setiap arahan perintah yang diberikan dalam usaha 'menghalau' penduduk dari segala aktiviti termasuk berniaga, melepak dan makan di kedai.
Pulau Pinang
Netizen juga kurang senang dengan segelintir masyarakat yang masih keras kepala. Mereka keluar dari rumah dan meluangkan masa di kedai makan tanpa rasa bersalah. Kejadian ini telah berlaku di Jalan Baru Batu Maung, Pulau Pinang.
Masih ada pemilik degil
Perkongsian foto dari Jefri Chua ini menyaksikan ramai rakyat masih tiada kesedaran mengenai Covid-19 ini. Situasi ini telah berlaku di Pasar Payang, Terengganu di hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan.
Diharapkan juga seluruh rakyat Malaysia mengambil berat mengenai wabak Covid-19 ini. Virus ini memang tidak nampak dengan mata kasar tetapi ianya mampu membunuh dan meragut nyawa anda dalam sekelip mata. Jadi, diminta untuk anda sebarkan kesedaran mengenai wabak ini kepada keluarga yang berada di kampung supaya mereka juga lebih berhat-hati.
Sumber: Twitter, Facebook
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment