Pages

Hiburan: Mudah Meruap & Senang Terbakar! Ini Tips Penggunaan Hand Sanitizer Yang Wajib Korang Tahu

Hiburan: March 23, 2020 at 03:18AM

Langkah penjagaan kesihatan dan kebersihan adalah penting tatkala negara kini sedang dilanda wabak Covid-19. Kebanyakan rakyat seringkali menggunakan hand sanitizer untuk menghindari daripada jangkitan virus maut ini. Namun, masih ramai yang tidak tahu akan kesan terhadap diri sekiranya menggunakan hand sanitizer secara berlebihan.

Terbaru, Emrys Raphael menerusi laman Facebooknya ada berkongsi tentang tips penggunaan hand sanitizer dan kesan buruk apabila menggunakannya pada tempat dan waktu yang kurang sesuai.

Mudah terbakar

Sekadar gambar hiasan

Hand Sanitizer bukan barang mainan. Ini akibatnya penggunaan hand sanitizer yang salah pada tempat dan ketika. Jika anda berada di rumah, memadai membasuh dan sabun tangan anda untuk bunuh kuman. Hand sanitizer digunakan sekiranya anda berada di luar rumah yang tiada punca air untuk anda basuh dan sabun. Kandungan hand sanitizer mengandungi lebih daripada 70% kandungan alkohol adalah mudah meruap dan sangat mudah terbakar! Highly flammable.

Perkara yang sama bila anda apply hand sanitizer di tangan dan anda hendak menghisap rokok, ketika di tangan anda hand sanitizer masih belum kering. Api pada pencucuh akan sambar tangan anda yang mempunyai hand sanitizer yang belum kering.

Guna bila perlu

Sekadar gambar hiasan

Penggunaan hand sanitizer di dalam kereta juga tidak digalakkan. Ini akan meningkatkn kandungan etanol terwap (volatile ethanol) di dalam kereta tinggi dan bahaya untuk anda bernafas dan boleh melemaskan. Terutama hand sanitizer jenis spray. Ini kerana ia akan atomize kan molekul alkohol kepada zarah halus dan bahaya jika kita terhidu (inhale). Pengudaraan semasa memakai hand sanitizer perlu ada. Buka tingkap sekiranya anda menggunkannya didalam kereta.

Jangan letak dan simpan hand sanitizer di tempat yang mempunyi punca api dan di dalam keadaan suhu tinggi seperti didalam kereta kerana takat didih (boiling point) alkohol adlah rendah 78^C berbeza dengan takat didih air iaitu 100^C. Jangan pula ada yang cuba-cuba nak rasa bila sanitizer anda berbau buah-buahan. Its a chemical. Its a solven and its a concentrated!

Dengan penyalahgunaan hand sanitizer jugaklah menyebabkan harga di pasaran meningkat dan ada yang mengambil kesempatan meletakkan harga yahudi untuk pelanggan disebabkan permintaan dan margin pengeluaran yang turut tinggi. Jangan salah guna hand sanitizer, guna bila perlu!

Sumber: Emrys Raphael



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular