Hiburan: March 28, 2020 at 01:44AM
Seorang lelaki di bawah pemantauan (PUI) COVID-19 dilaporkan meninggal dunia di tandas wad Hospital Serdang. Mangsa yang dirawat di hospital berkenaan selepas disyaki dijangkiti wabak dipercayai membunuh diri.
Memetik laporan Harian Metro, pegawai polis yang bertugas di hospital menerima maklumat daripada seorang jururawat memaklumkan perkara berkenaan.
Masuk wad pada 26 Mac
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, dalam satu kenyataan berkata pegawainya menerima laporan lebih kurang jam 7.40 malam semalam daripada seorang jururawat memberitahu pesakit berkenaan membunuh diri di tandas wad.
Mangsa berusia 62 tahun dipercayai mendaftar masuk ke hospital berkenaan pada 26 Mac lalu pada 2.30 pagi.
Susulan laporan yang diterima, pegawai penyiasat kanan, ketua polis balai dan jurugambar hadir ke lokasi kejadian.
Pihak polis dibekalkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk keselamatan bagi merakam gambar di tempat kejadian dari jarak jauh.
Percakapan pengadu yang juga anggota polis di pondok polis berkenaan serta jururawat hospital, waris dan saksi turut dirakam untuk tindakan lanjut.
Tambahnya lagi, mayat akan di uruskan oleh pihak hospital berkenaan.
Sumber : Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment