Hiburan: March 19, 2020 at 05:33PM
Kecoh apabila ada segelintir artis Malaysia yang masih sakan bercuti di luar negara sedangkan wabak COVID-19 merebak dengan teruk di seluruh dunia.
Turut dikecam netizen, pelakon Liyana Jasmay yang selamat tiba di tanah air pada 18 Mac lalu selepas beberapa hari berada di Australia, mengambil langkah kuarantin diri selama dua minggu berikutan penularan COVID-19 yang semakin meningkat kini.
Menurut Liyana dia dan rakannya sepatutnya pulang ke Malaysia pada 23 Mac ini tetapi mereka pulang lebih awal kerana takut dengan sebarang kemungkinan membabitkan wabak itu.
Pada masa yang sama, Liyana turut menulis kata-kata penghargaan buat pengamal perubatan dan semua individu yang terlibat dalam usaha mengawal wabak COVID-19.
Terdahulu, rata-rata netizen bengang dengan sikap beberapa artis yang dilihat masih berseronok bercuti di luar negara. Ada yang melabelkan artis-artis tersebut pentingkan diri sendiri. Sebagai seorang 'public figure' mereka sepatutnya memberikan contoh yang baik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment