Hiburan: March 12, 2020 at 02:01AM
Pelakon cantik jelita, Chacha Maembong baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila dia telah dicium oleh abang iparnya yang juga merupakan suami kepada pelakon terkenal, Emma Maembong dalam majlis pernikahan pasangan ini. Foto tersebut kemudian telah viral di media sosial sehingga menjadi bualan hangat netizen.
Sekian lama mendiamkan diri, kini Chacha tampil buka mulut mengenai isu tersebut.
'Saya seorang yang manja'
Menerusi Astro Gempak, Chacha memberitahu bahawa dia merupakan seorang yang sangat manja dengan ahli keluarga memandangkan dia adalah anak bongsu. Tambahnya lagi, tidak ada isu langsung yang timbul dalam keluarganya mengenai perkara ini.
Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya.
Sementara itu, Chacha berkata dia bertindak sedemikian adalah untuk meraikan hari bahagia kakaknya itu yang baru sahaja bergelar isteri.
Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je 'halal' so tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu.
Itu gambar biasa
Menceritakan tentang itu, Chacha mengatakan foto tersebut biasa sahaja baginya dan orang lain juga pernah berbuat demikian tetapi disebabkan dia adalah seorang artis dan dikenali, segala tindak tanduknya itu menjadi perhatian sehingga dikecam teruk.
Fasal gambar tu, it's a normal gambar. Saya perasan 90 peratus orang, semua buat macam tu…tapi kenapa bila saya, semua orang macam gila-gila hentam saya?
Tambahnya, dia bernekad untuk mendiamkan diri dan tidak membalas apa-apa komen netizen mengenai isu ini.
Sumber: Astro Gempak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment