Pages

Hiburan: ‘Saya Bukan Nak Hina Sesiapa…’ – Syifa Melvin Perjelas Video PPRT

Hiburan: March 6, 2020 at 12:30PM

Sebuah video yang dimuatnaik netizen menyaksikan personaliti media sosial, Syifa Melvin lantang mengeluarkan kenyataan dikatakan menghina penduduk setinggan dan penghuni Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mendapat pelbagai reaksi.

Syifa Melvin bagaimanapun tampil memohon maaf atas salah faham yang berlaku dan tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut.

Saya minta maaf

Adik perempuan kepada Syatilla Melvin itu mengakui silapnya dan tidak mempunyai niat untuk menghina mana-mana pihak. Dia mengakui perlu bertanggungjawab dalam memperbetulkan salah faham yang menjadi bualan netizen berdasarkan video viral itu di media sosial.

Sejujurnya saya bukan nak menghina sesiapa yang tinggal di rumah setinggan atau PPRT. Tidak sama sekali dan jauh dari hati saya nak menghina.

Tapi bila orang dah salah faham, saya perlu bertanggungjawab. Saya minta maaf atas salah faham yang berlaku. Saya tiada niat untuk berkata begitu.

Apa yang saya maksudkan adalah mengenai jenis kain dan warna turban itu yang nampak mahal. Dimana saja anda pakai, ia akan menampakkan keyakinan diri. Itu sebenarnya maksud saya, tetapi kenyataan itu disalah taksif segelintir pihak. Apa-apapun saya akui itu salah saya.

Jangan buat spekulasi

Malah, Syifa turut memohon agar netizen tidak cepat membuat andaian ataupun spekulasi terhadap apa yang dipertontonkan. Hal ini akan mendatangkan salah faham terhadap pihak yang lain.

Saya minta tolong kepada semua pihak jangan membuat spekulasi sendiri dengan penulisan anda yang tidak betul. Nanti hanya menambah dosa netizen yang hanya membaca dan menilai daripada penulisan itu sedangkan saya tidak bermaksud begitu.

Bila anda menulis cerita tak betul, anda yang menambah dosa sendiri dan orang lain juga.

Sumber: Media Hiburan



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular