Pages

Hiburan: ‘Saya Terharu. Sayang YB’ – Bila Bung Moktar Unblock Twitter Syed Saddiq

Hiburan: March 29, 2020 at 05:41AM

Sudah menjadi kebiasaan, apabila tidak memiliki sentimen atau pendapat yang sama, seseorang cenderung untuk mengelak orang yang kurang disenangi sama ada di alam nyata mahupun online. Ketika negara sedang menghadapi ancaman Covid-19, rupanya ada hikmah tersembunyi buat Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beri kata-kata semangat untuk Syed Saddiq

Terdahulu, Bung memuat naik status Twitternya memberi kata-kata semangat supaya Ahli Parlimen Muar itu tidak sesekali menyerah kalah memerangi jangkitan wabak Covid-19. Tambahnya, sebagai ahli parlimen, mereka mestilah menjadi barisan hadapan membasmi wabak itu.

Bung juga mengucapkan selamat kepada ahli parlimen muda itu di akhir status selain kata-kata hikmat, 'lawan tetap lawan'.

Terharu tak lagi disekat

Sementara itu, Syed Saddiq membalas tweet berkenaan menyatakan rasa terharu kerana Bung tidak lagi menyekatnya (block) di laman sosial tersebut. Bekas menteri ini juga meluahkan rasa sayang dengan emoji hati selain mendoakan kesejahteraan Bung dan keluarga.

Dapat sambutan baik netizen

Rata-rata netizen tumpang bergembira dengan perdamaian dua ahli parlimen itu.

Sumber: Syed Saddiq, Bung Moktar



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular