Hiburan: March 12, 2020 at 04:16AM
Isteri kepada pelakon terkenal Ammar Alfian Aziz iaitu Nellisa Nezam memberitahu bahawa dia nekad dengan keputusan untuk berpisah dengan suaminya. Nellisa dikatakan telah memfailkan tuntutan perceraian sekitar bulan Januari yang lalu.
Failkan penceraian
Menerusi laporan daripada Astro Gempak, Nellisa berkata dia berasa lega selepas membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya dan menjalani kehidupan baru bersama anak lelakinya, Kyro. Nellisa memberitahu proses memfailkan penceraian ini memakan masa yang agak lama kerana memerlukan dia untuk menyediakan beberapa dokumen lain dan urusan hak penjagaan anak.
Selepas failkan perceraian saya rasa lega dan gembira untuk memulakan kehidupan baru bersama anak saya, Kyro.
Tambahnya lagi, setakat ini tidak ada apa-apa yang boleh dikongsikan dengan lebih mendalam memandangkan kes ini masih dalam proses mahkamah. Sementara itu, Nellisa turut mengharapkan agar proses penceraiannya ini berjalan dengan lancar dan dapat diselesaikan dengan segera.
Saya bersedia 'move on'
Menceritakan kisah itu, Nellisa memberitahu sepanjang bergelar isteri kepada Ammar dia telah memberikan segalanya dalam perkahwinan mereka tetapi Nellisa mengakui bahawa dia tidak dapat memperoleh sesuatu yang diinginkan daripada suaminya itu.
Sebagai seorang isteri saya mahukan sesuatu daripada suami saya dan saya tidak memperolehinya sepanjang perkahwinan, jadi kita teruskan hidup seadanya. Mungkin pilihan saya kepada individu yang salah sebenarnya. Saya bersedia untuk 'move on' sekarang.
Sementara itu, Nellisa turut memberi bayangan bahawa apa yang terjadi dalam keretakan rumah tangganya bersama Ammar adalah disebabkan oleh penyesalan yang sudah terlambat dari pihak suaminya. Dalam pada itu, Nellisa menegaskan dia tidak akan memberi peluang lain buat Ammar.
Sumber: Astro Gempak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment