Hiburan: March 19, 2020 at 07:14AM
Penularan wabak coronavirus atau lebih spesifik ialah COVID-19 yang melanda dunia menjadi semakin serius dengan angka korban turut meningkat. Virus ini dikatakan berpunca dari hidangan makanan laut dan haiwan yang dijual di pasar haiwan di Wuhan, China, namun, kepastian wabak ini masih lagi disiasat saintis.
Mengimbas semula kepada beberapa kes wabak misteri yang telah berlaku sebelum coronavirus iaitu Black Death (maut hitam) berlaku sekitar tahun 1347 hingga 1351. Black Death antara bencana penyakit pandemik yang teruk menyerang Eropah dan mengakibatkan lebih 200 juta maut.
Virus penyakit berasal dari China
Buat anda yang tidak tahu, virus penyakit ini berasal dari China kemudian telah tersebar ke kawasan negara di Eropah. Di mana mempunyai kaitan dengan bangsa Mongol pada awal 1930an. Virus bakteria yang dikenali sebagai Yersinia Pestis adalah berasal dari kutu yang hidup di celah bulu tikus dan kemudian berjangkit kepada manusia melalui gigitan binatang tersebut. Virus ini juga merebak kepada individu lain ke arah udara contohnya batuk dan bersin.
Pada asalnya, virus ini telah merebak di kawasan wilayah Hubei, China pada tahun 1334. Sebanyak 25 juta penduduk di China dan Asia terkorban dalam jangka masa 15 tahun.
Pada 1340an, Black Death terus menular ke kawasan negara India, Persia, Iran, Syria dan Mesir sebelum merebak ke Eropah.
Lempar mayat melepasi tembok Kaffa
Peristiwa penaklukan Mongol telah berlaku insiden dimana tentera Mongol telah mengepung Kota Kaffa. Tentera Mongol telah melemparkan mayat-mayat yang mati akibat Black Death ini melepasi tembok Kota Kaffa.
Tujuan utama adalah menyebarkan virus kepada penduduk di Kaffa. 12 buah kapal yang berdagang di Kaffa juga turut sakit, ada diantara mereka terkorban akibat virus ini.
Kapal dagangan itu kemudian berlabuh pula di Messina di Sicily, Itali. Sebelum tiba di destinasi, ada segelintir anak kapal telah nazak dan mati dari jagkitan virus Black Death.
Berakhir pada abad ke-19
Pesakit yang dijangkiti virus ini akan mengalami simptom seperti terdapat bisul-bisul hitam pada anggota badan yang mengeluarkan nanah dan darah. Kemudian, pesakit akan demam, merasai badan sejuk, muntah dan cirit-birit.
Virus Black Death ini telah meragut seramai 20 juta nyawa hanya dalam masa 5 tahun. Wabak ini juga menular ke Istanbul pada tahun 1347 dan merebak ke Paris, Lyon dan London pada sekitar tahun 1348. Wabak Black Death ini dikatakan telah berakhir pada abad ke-19 iaitu sekitar tahun 1400.
Virus 'buboes' membiak dalam saluran darah
Bakteria virus Black Death dipercayai membiak dan membentuk bengkak yang dikenali sebagai 'buboes'. Kemudian, selepas tiga atau empat hari bakteria tersebut memasuki saluran darah dan berpotensi menjangkiti organ dalaman seperti limpa dan paru-paru. Pesakit akan menemui maut selepas beberapa hari dijangkiti virus ini.
Sumber: Pusat Kesihatan UPM, Iluminasi, I am Lejen
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment