Pages

Hiburan: Selamba Tiba-Tiba Tukar Lorong, Pemandu GrabFood Terpelanting Gara-Gara Pemandu Biadab

Hiburan: March 9, 2020 at 05:03AM

Risiko seorang penunggang motosikal boleh dikatakan sangat berbahaya kerana nyawa Terletak sepenuhnya kepada pemanduan dan sekeliling anda. Tidak kira berapa mahirnya mereka di atas jalan raya, namun kerana kecuaian orang lain boleh menyebabkan anda berakhir di hospital.

Terbaru, seorang penunggang motosikal GrabFood tercedera akibat kecuaian pemandu yang menukar lorong secara tiba-tiba. Sakit pula hati tengok video ini!

Langgar lari

KAWAN SAYA DIBIARKAN TERKULAI GARA-GARA PEMANDU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. NASIB UMUR PANJANG

8/3/2020 – Kejadian berlaku pada hari ini sekitar jam 1.13ptg di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur. Sahabat saya Nizam Mazlan bekerja sebagai penghantar makanan sambilan dan sewaktu kejadian beliau sedang dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan. Secara tiba-tiba, sebuah kereta BMW hitam (no plat tak dapat cam) telah menukar lorong menghala ke Jalan Kelang Lama.

Dan saudara nizam tidak sempat untuk brek dan terus melanggar belakang bonet kereta BMW tersebut. Diakui, saudara nizam melakukan kesalahan kerana tidak menggunakan laluan moto. Tetapi kami sangat RALAT, pemandu tersebut tidak bertanggungjawab atas kelalaiannya dan hanya TENGOK sahaja saudara Nizam TERKULAI di atas jalan raya

Menurut rakan mangsa, sebuah kereta mewah secara tiba-tiba menukar lorong untuk masuk ke simpang Jalan Kelang Lama. Berdasarkan video tersebut, jelas menunjukkan kereta tersebut menukar lorong dari lorong paling kanan ke simpang sebelah kiri.

Patah bahu kiri

Kesan daripada itu, saudara Nizam telah patah bahu kiri dan mengalami kecederaan dalaman. Saya dan kawan-kawan memohon kerjasama daripada sahabat FB semua untuk bantu mendapatkan maklumat pemandu tersebut dan meminta dia bertanggungjawab

Kami tidak dapat mengecam No Plat Kereta, mungkin ada kalian yang mahir dalam editing video untuk bantu cam no pendaftaran kereta tersebut. Mohon Share dan Viralkan dan PM saya , amerul izuwan atau laporkan kebalao polis jika ada saksi atau maklumat atas kes ini.

*semoga abang2 rider sentiasa berhati2 dalam pekerjaan mereka.

Lebih menyakitkan hati apabila pemandu tersebut tidak menghentikan kereta dan meneruskan pemanduan seolah-olah tiada apa berlaku. Rakan mangsa turut meminta orang ramai yang menjadi saksi untuk melaporkan kes ini.

Sumber : Amerul



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular