Pages

Hiburan: ‘Sudah 5 Hari’ – Jemaah Tabligh Bebas Covid-19 Dakwa Terpaksa Dikuarantin & Tinggal Bersama Pesakit Baru

Hiburan: March 24, 2020 at 07:46AM

Sebelum ini kecoh di media massa berkenaan dengan isu tabligh yang positif wabak Covid-19 selepas dari mengikuti perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling. Ekoran dengan itu, semua jemaah tabligh yang pergi ke sana di minta untuk hadir ke pusat perubatan berhampiran bagi membuat saringan dan seterusnya dikuarantin.

Menerusi Facebook Farith Zul yang merupakan salah seorang jemaah tabligh yang turut serta dalam perhimpunan Masjid Seri Petaling meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak. Dia bersama beberapa rakan jemaah lain dikatakan telah dikuarantin dan sudah mendapat pelepasan KKM.  Namun dia dan rakannya terpaksa dikuarantin semula selepas mereka mendakwan bahawa mereka telah di tempatkan di bilik yang sama dengan penumpang bas positif Covid-19.

Dikuarantin bersama pesakit Covid-19

Prihatin tabligh di pusat kuarantin Mersing, Asrama Putra SMK Sri Mersing. Kami kluster tabligh Sri Petaling yang sudah mendapat surat bebas kuarantin dari pihak KKM telah di panggil semula ke pusat kuarantin mersing untuk di tambah masa kuarantin.

Pada mulanya kami rasa terkejut kerana tempoh kuarantin kami yang sepatutnya sudah tamat tetapi di panggil semula. Walau bagaimanapun kami tetap akur dengan arahan KKM. Kami tanyakan pada pihak KKM mengenai ehwal kami di kuarantin. Pihak KKM hanya menjawab ini arahan dari pihak DO En. Asman Shah Bin Abd. Rahman (Pegawai Daerah).

Kami dapati tempat kuarantin kami tidak sesuai kerana konteks rapat dengan penumpang bas yang sudah +ve covid 19 bercampur dengan kami. Dari pihak kami telah suarakan kepada KKM mengenai keadaan tersebut , dua orang dari mereka telah pun di asingkan ke bangunan lain kerana terdapat simpton pada diri mereka. Beberapa dari mereka yang menaiki bas tersebut tidak di asingkan, alasan dari pihak KKM kerana mereka tiada simpton.

Lima hari kuarantin bersama

Kami telah berusaha sedaya upaya untuk minta kami di hantar pulang dan di kuarantin di rumah. Kami minta jasa baik dari YB untuk sampaikan perkara tersebut kepada tuan DO En. Asman Shah Bin Abd. Rahman. Walau bagaimanapun itu sudah terlambat. Setelah beberapa jam kami dapati baki penumpang bas telah di asingkan. Kemudian baru kami dapat tahu yang seorang dari mereka yang tidak di asingkan dari awal +ve covid 19.

Kami minta DO En. Asman Shah Bin Abd. Rahman (Pegawai Daerah Mersing) bertangungjawab sekiranya apa-apa berlaku kepada kami. Kerana kami memang dari awal sudah tidak bersetuju untuk di campurkan dengan mereka dari kluster bas tersebut.

Lima hari kami telah bersama dengan mereka dan mengunakan kemudahan yang sama seperti tandas, bilik mandi, kepala paip, ampaian dan lain-lain. Alasan yang diberikan oleh tuan DO kepada kami adalah takut masyarakat menyalahkan beliau. Tanpa beliau memikirkan nasib nyawa kami, kerana bercampur dengan mereka yang ada konteks rapat yang baru didapati +ve covid 19.

Minta doakan kami

Sepatutnya mereka yang ada konteks rapat dengan kes baru perlu diasingkan dengan kami kluster Sri Petaling. Kebanyakan Kawan-kawan kami dari kluster sri petaling hanya di kuarantin di rumah.

Terdapat kawan kami yang mulanya +ve covid 19 dan di rawat di hospital sungai buluh telah pun di benarkan pulang. Kami yang sudah dapat surat kelepasan dari KKM pada 16/03/2020 pula di kuarantin dan dicampurkan dengan mereka yang terdapat konteks baru dengan mereka yang sudah +ve covid 19.

Minta di doakan kami yang berada di pusat kuarantin selamat dari virus covid 19.

Sumber: Farith Zul



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular