Hiburan: March 11, 2020 at 01:47AM
Wabak COVID-19 menjadi semakin serius sehingga kini telah memasuki gelombang kedua. Setiap negara mengambil pelbagai langkah inisiatif kesihatan bagi mengurangkan penularan wabak ini.
Terbaru, seorang penumpang dari China bertindak kurang ajar apabila sengaja batuk ke arah pramugari Thai Airways di dalam pesawat.
Sengaja batuk ke arah pramugari
Menerusi laporan Mothership, kejadian itu berlaku pada 6 March 2020 di dalam pesawat Thai Airways dari Bangkok menuju ke Shanghai. Dipercayai penumpang berkenaan telah sengaja batuk ke arah pramugari pesawat dan memaksa anak kapal membuka pintu utama pesawat itu.
Hal ini disebabkan kesemua penumpang diarahkan berada di dalam kapal terbang selama 7 jam setibanya di Pudong International Airport di Shanghai.
Tidak dibenarkan keluar
Pramugari itu bagaimanapun mendapatkan bantuan anak kapal lelaki yang lain. Seorang pramugara telah bertindak kasar dengan menolak kepala penumpang berkenaan ke bawah disebabkan kedegilannya setelah diberi nasihat.
Senior male flight attendant was having none of it, warned her, then a scuffle ensued. He was going to put her in cuffs, but eventually chose not to.
Difahamkan kesemua penumpang tidak dibenarkan keluar dari pesawat setiba di destinasi. Hal ini adalah arahan dan prosedur pemeriksaan tahap kesihatan wabak coronavirus itu.
Sumber: Fugu M, Mothership
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment